KUALA LUMPUR: Hari ini, genap setahun ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan oleh pemerintahan yang didominasi oleh parti Bersatu, UMNO dan Pas yang kini dijenamakan sebagai Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mereka menyifatkan tiada agenda, misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan serta yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
“Pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’ ini menyaksikan jumlah pengangguran rakyat terus meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 dan tidak ada rancangan pemulihan ekonomi yang berjaya dibuat sehingga hari ini.
“Pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’ juga telah mengabaikan janji pemberian komputer riba kepada 150,000 murid berjumlah RM150 juta seperti yang dihebahkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 sehingga hari ini,” jelas kenyataan tersebut.
BACA: Ada kempen tersusun wujudkan persepsi PKR lemah selepas Langkah Sheraton - Anwar
BACA: Mesyuarat 'kopi-kopi' di Hotel Sheraton, semua pemimpin kunci mulut
Tambah kedua-dua Ahli Parlimen itu lagi, ahli politik harus dingatkan mengenai kemahuan rakyat.
“Rakyat adalah tuan. Ahli politik harus ingat bahawa kita hanya wakil yang harus menurut kehendak dan kemahuan rakyat.
“Sempena mengingati tragedi Langkah Sheraton yang kini genap setahun, ahli politik harus ingat bahawa kuasa dan pangkat yang dikejar bukan kunci kepada kejayaan sebuah negara.
“Lebih penting dan utama adalah iltizam politik dan kesungguhan menjaga rakyat. Sebuah kerajaan yang telus, bersih dan adil adalah kerajaan yang mengunakan ruang dan peluang yang ada untuk mentadbir dengan baik untuk rakyat.
“Yang utama bukan jenama agama dan bangsa tetapi komitmen melindungi negara. Fokus dan cabaran kami adalah untuk terus mengangkat suara rakyat yang susah, lapar dan sakit,” tambah kenyataan itu lagi.
Biarpun kuasa sudah bertukar tangan, ia tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan menunding jari seperti yang dibuat kerajaan hari ini, jelas Shafie Apdal dan Syed Saddiq.
BACA: Pertandingan tiga penjuru PRU-15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara - PINTAR
Syed Saddiq yang juga Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Shafie Apdal selaku Presiden WARISAN turut menyifatkan ketiga-tiga parti Bersatu, UMNO dan Pas yang membentuk Kerajaan PN sepatutnya mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada luar.
“Ia kerana gabungan yang dibentuk atas nama bangsa dan agama ini kerap kali mendakwa mereka adalah sebuah Kerajaan yang stabil dan mempunyai keabsahan.
“Kestabilan tersebut seharusnya diterjemahkan dalam bentuk hasil pelaburan dan kegiatan ekonomi yang memberi keuntungan kepada rakyat.
“Malangnya ia tidak berlaku sehingga hari ini. Sebaliknya, Kerajaan ‘Melayu-Islam’ ini terlalu sibuk menyoal kesetiaan yang diikrarkan, sentiasa menyuarakan rasa sangsi dan tidak lagi mempercayai antara satu sama lain.
"Selepas beberapa siri pertukaran kepimpinan kerajaan negeri melalui undi di dalam Dewan Negeri, lompat parti dan pilihanraya negeri dalam tempoh PKP.
“Ikatan ketiga-tiga parti tersebut hanya menunggu masa sahaja untuk terlerai. Kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan akan runtuh melalui pengkhianatan juga,” tambah mereka lagi.
Faris Danial Razi
Tue Feb 23 2021

Pertemuan antara pemimpin Bersatu, PKR, UMNO dan Pas di Hotel Sheraton pada 23 Februari 2020 itu disifatkan sebagai 'perjumpaan kopi-kopi' oleh bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Astro AWANI
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.

Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie
Tindakan penguat kuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna disifatkan langkah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setempat.

Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.

Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.

Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.

Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.

Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.

Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.