SHAH ALAM : Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan dakwaan bahawa individu yang tular membuat ciapan berhubung kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan beliau atau Pejabat Perdana Menteri.
Shamsul Iskandar berkata, meskipun individu dikenali Zaki Yamani itu pernah berkhidmat selaku Setiausaha Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewaktu beliau memimpin AMK pada 2007, namun itu tidak membawa sebarang kaitan atau makna dalam mana-mana kapasiti rasmi.
“Oleh itu, dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas yang jelas,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
Terdahulu, pengguna Twitter berkenaan menulis sebuah kenyataan biadab terhadap keadaan kesihatan terkini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika ini, Abdul Hadi yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, telah dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi.
Anak Presiden Pas itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan berita tersebut dalam hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, menurut Shamsul Iskandar, atas kapasiti Pejabat Perdana Menteri, beliau telah pun berhubung dengan keluarga Abdul Hadi melalui anaknya lebih awal sebaik saja berita mengenainya tersebar.
“Syukur alhamdulillah, komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri Abdul Hadi.
“Mewakili Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri, kami mendoakan keafiatan Tan Sri Abdul Hadi dan berharap agar ruang berziarah dapat diadakan seusai beliau kembali stabil kelak.
“Justeru saya turut senada dengan Perdana Menteri menggesa saudara Zaki Yamani agar dapat mengambil tanggungjawab di atas kenyataan Zaki tersebut,” ujarnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut kesal dengan individu terlibat yang berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Abdul Hadi dan mengarahkan pengguna media sosial berkenaan memohon maaf atas hantarannya itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023

Menurut Shamsul Iskandar, atas kapasiti Pejabat Perdana Menteri, beliau telah pun berhubung dengan keluarga Abdul Hadi melalui anaknya lebih awal sebaik saja berita mengenainya tersebar. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Bekas Setiausaha Politik Anwar saman Wan Fayhsal, tuntut RM10 juta
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membayar ganti rugi RM10 juta.

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.

Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan dakwaan Zaki Yamani mempunyai kaitan dengan beliau atau Pejabat Perdana Menteri.