Tan Sri Musa Aman mendakwa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seolah-olah takut dengan bayang-bayangnya hingga berterusan menfitnah, menghina dan mengaibkan dirinya.
Menurut Musa, Mohd Shafie tidak perlu risau memandangkan Musa bukannya calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah edisi ke-16 ini.
Tegasnya, apa yang penting adalah Presiden Parti Warisan Sabah itu memberi tumpuan kepada pembangunan negeri ini dan rakyat Sabah.
"Biar dia cakap macam-macam, biar la dia (Shafie Apdal) mengaibkan, memalukan saya. Kadang-kadang saya pun hairan juga apa punyai pemimpin sebagai Ketua Menteri ini seolah-olah takut dengan bayang-bayang saya.
Beliau berkata demikian dalam kempen calon Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai di sini, hari ini.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI
LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH 2020 DI SINI
"Apalah yang ada pada saya ini. Saya ini bukan calon lagi... bukan mahu jadi ketua menteri dan tiada apa-apa jawatan. Oleh itu, jangan takut dengan saya ini," katanya ketika berucap di Kampung Nawoi, Kiulu pada Jumaat.
Selain itu, Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menitipkan nasihat buat Mohd Shafie supaya melakukan kerja (selaku ketua menteri) dengan baik sekali gus merancang pembangunan negeri ini agar Sabah dan rakyatnya maju.
Beliau turut menyelar tindakan kepimpinan Shafie selepas menjawat jawatan ketua menteri dengan mencari kesalahan Musa.
"Kalau mereka dakwa saya ada buat salah tetapi ada juga kebaikan saya lakukan. Janganlah menghina, mengaib dan memalukan saya.
"Sebaliknya tadbirlah negeri ini agar Sabah maju rakyat senang," jelasnya lagi.
Assim Hassan
Fri Sep 18 2020

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kiri) bersama Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai (dua, kanan) pada program Ramah Mesra bersama pengundi di Kampung Nawoi Kiulu. - fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

SOP 'ke laut', kes COVID-19 naik - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan itu menjelaskan ramai pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini menjadi benteng terakhir dalam mengekang pandemik COVID-19.

Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya - Muhyiddin
Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu juga membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.

Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert
Masalah dalaman dan pemimpin PKR membuatkan ramai yang terkilan dan bertindak keluar dari parti yang berusia lebih 20 tahun.

Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.

80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.

Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.

Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Tindakan Khairy tidak ambil vaksin Pfizer 'is a good move', patut dipuji - Pakar
Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk tidak mengambil vaksin Pfizer namun menunggu vaksin yang seterusnya disifatkan sebagai langkah strategik kerajaan.