Tan Sri Musa Aman mendakwa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seolah-olah takut dengan bayang-bayangnya hingga berterusan menfitnah, menghina dan mengaibkan dirinya.
Menurut Musa, Mohd Shafie tidak perlu risau memandangkan Musa bukannya calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah edisi ke-16 ini.
Tegasnya, apa yang penting adalah Presiden Parti Warisan Sabah itu memberi tumpuan kepada pembangunan negeri ini dan rakyat Sabah.
"Biar dia cakap macam-macam, biar la dia (Shafie Apdal) mengaibkan, memalukan saya. Kadang-kadang saya pun hairan juga apa punyai pemimpin sebagai Ketua Menteri ini seolah-olah takut dengan bayang-bayang saya.
Beliau berkata demikian dalam kempen calon Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai di sini, hari ini.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI
LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH 2020 DI SINI
"Apalah yang ada pada saya ini. Saya ini bukan calon lagi... bukan mahu jadi ketua menteri dan tiada apa-apa jawatan. Oleh itu, jangan takut dengan saya ini," katanya ketika berucap di Kampung Nawoi, Kiulu pada Jumaat.
Selain itu, Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menitipkan nasihat buat Mohd Shafie supaya melakukan kerja (selaku ketua menteri) dengan baik sekali gus merancang pembangunan negeri ini agar Sabah dan rakyatnya maju.
Beliau turut menyelar tindakan kepimpinan Shafie selepas menjawat jawatan ketua menteri dengan mencari kesalahan Musa.
"Kalau mereka dakwa saya ada buat salah tetapi ada juga kebaikan saya lakukan. Janganlah menghina, mengaib dan memalukan saya.
"Sebaliknya tadbirlah negeri ini agar Sabah maju rakyat senang," jelasnya lagi.
Assim Hassan
Fri Sep 18 2020
!['Shafie Apdal seolah-olah takut dengan bayang-bayang saya' - Musa Aman 'Shafie Apdal seolah-olah takut dengan bayang-bayang saya' - Musa Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71600415582_PRNSabahSabahMem.jpg)
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kiri) bersama Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai (dua, kanan) pada program Ramah Mesra bersama pengundi di Kampung Nawoi Kiulu. - fotoBERNAMA
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![SOP 'ke laut', kes COVID-19 naik - Dr Noor Hisham SOP 'ke laut', kes COVID-19 naik - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620478006_HishamAbdullah.jpg)
SOP 'ke laut', kes COVID-19 naik - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan itu menjelaskan ramai pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
![Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620810991_DrNoorHisham.jpg)
Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini menjadi benteng terakhir dalam mengekang pandemik COVID-19.
![Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya - Muhyiddin Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615357653_MuhyiddinYassin.jpg)
Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya - Muhyiddin
Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu juga membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.
![Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614916928_RobertLingKuiEe.jpg)
Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert
Masalah dalaman dan pemimpin PKR membuatkan ramai yang terkilan dan bertindak keluar dari parti yang berusia lebih 20 tahun.
![Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607447348_DatukTakiyuddinHas.jpg)
Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.
![80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy 80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614174694_KhairyJamaluddin.jpg)
80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.
![Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612708481_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.
![Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614744279_IsmailSabri.jpg)
Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.
![Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614234405_TBParlimen.jpg)
Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.
![Tindakan Khairy tidak ambil vaksin Pfizer 'is a good move', patut dipuji - Pakar Tindakan Khairy tidak ambil vaksin Pfizer 'is a good move', patut dipuji - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614399554_vaksin.jpg)
Tindakan Khairy tidak ambil vaksin Pfizer 'is a good move', patut dipuji - Pakar
Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk tidak mengambil vaksin Pfizer namun menunggu vaksin yang seterusnya disifatkan sebagai langkah strategik kerajaan.