Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyangkal dakwaan pembangkang bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang dilaksanakan kerajaan mampu mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Shahidan berkata ia termasuk dakwaan tidak benar oleh Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (Tun M) dan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa akta itu mengancam demokrasi negara berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
"Akta ini dilaksanakan berdasarkan Perkara 74 (1) dan bukan Perkara 150 seperti dakwaan Tun M dan Anwar Ibrahim, akta ini berkait isu keselamatan dalaman secara khusus serta tidak perlu pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun ini.
Shahidan bercakap kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen dan Ulangtahun MIC Perlis yang Ke-70 di sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pengerusi MIC Perlis S.Vengadasamy.
Shahidan berkata akta berkenaan merujuk kepada pengisytiharan kawasan keselamatan di kawasan tertentu dalam negara yang dikesan wujud unsur berbentuk ancaman luar, bukan situasi darurat melibatkan seluruh Malaysia.
"Kita hanya isytiharkan kawasan keselamatan tertentu contohnya sekitar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), kawasan sempadan negara dan kawasan laut.
"Saya percaya Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya faham tentang akta ini kerana mereka pernah memerintah negara dan menjadi Ahli Parlimen. Namun kenyataan mereka itu mengelirukan masyarakat yang tidak tahu menahu dan hanya berpersepsi, agar keadaan kelihatan seolah-kerajaan mengambil dan ketepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," katanya.
Shahidan berkata akta ini dilaksanakan melalui saluran dan cara yang mengikut prosedur betul, ia telah dibincangkan sewajarnya dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Kenapa pertikaikan demokrasi, orang yang menentang akta ini yang rosakkan demokrasi. Mereka menentang akta yang telah dipersetujui kerana mahu akta mengikut kehendak mereka," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar akta MKN. -- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016

Shahidan menyangkal dakwaan pembangkang bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang dilaksanakan kerajaan mampu mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Pindaan Akta MKN 2016 dibentang untuk bacaan kali pertama
Bacaan kali kedua pindaan itu akan dibentang pada persidangan kali ini, kata Takiyuddin.