Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak menafikan meminta bantuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan pentadbiran bahagian.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata demikian melalui laman BNBBC.my sebagai menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai penerimaan dana RM1 juta daripada Najib, seperti yang didedahkan portal berita kontroversi Sarawak Report.
“Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian kalau bukan daripada presiden parti sendiri,” kata beliau.
Jumaat lalu, Sarawak Report mendakwa Najib telah mengagihkan dana kepada beberapa pemimpin UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan antara yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyanti Samsudin dan Shahrir sendiri.
Shahrir berkata beliau sedia bekerjasama untuk menjelaskan kepada pihak penyiasat mengenai penggunaan wang berkenaan jika diminta berbuat demikian.
“Itu menjelaskan wang yang diterima Presiden parti adalah untuk kegunaan parti,” jelasnya.
Astro Awani
Mon Aug 17 2015

Shahrir (gambar) berkata beliau sedia bekerjasama untuk menjelaskan kepada pihak penyiasat mengenai penggunaan dana berkenaan. -Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Belanjawan 2021: Luluskan RM10,000 KWSP, luaskan moratorium untuk dapat sokongan BN - Najib
Najib berkata, mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari KWSP.

Skandal rasuah, seleweng hartanah disiasat SPRM di Johor tidak akan gugat kedudukan BN - Shahrir
Skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak akan menggugat imej dan kedudukan Barisan Nasional (BN).

PM Najib tidak lupakan dasar lama kerajaan - Shahrir
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melupakan segala dasar lama kerajaan yang selama ini terbukti menguntungkan rakyat.

SPRM dedah skandal rasuah hartanah Johor bukan bertujuan politik - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata tindakan SPRM sebagai agensi kerajaan adalah jelas iaitu sesiapa yang melakukan rasuah akan ditangkap dan dikenakan tindakan.

Ubah sikap anggota Parlimen untuk mulakan transformasi
Tan Sri Shahrir Samad berkata setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan.

Tindakan Tun Mahathir tandatangan deklarasi tanam kebencian rakyat terhadap pemimpin - Zambry
Tindakan Tun Dr Mahathir diselar sebagai bertujuan untuk menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin dan bukannya untuk kesejahteraan rakyat.

Rakyat terima penjelasan wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke akaun Najib - Shahrir
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.

Shahrir tidak nafi minta dana daripada Najib, sedia beri penjelasan
Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak menafikan meminta bantuan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan pentadbiran bahagian.

'JKNMPP langkah perubahan positif politik negara' - Shahrir
Penubuhan JKNMPP adalah langkah terbaik dalam menyatakan perjalanan dana politik selain laporan sumber kewangan, kata pengerusi BNBBC itu.

Pelantikan PAC: BNBBC gesa PM adakan sidang Parlimen khas
Kekosongan itu tidak boleh dilengahkan lagi bagi membolehkan PAC dapat berfungsi semula termasuk menyegerakan siasatan kes 1MDB yang kini tertangguh.