KUALA LUMPUR: Siapa calon yang mahu diangkat menjadi Presiden dan Timbalan Presiden jika dua jawatan itu dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pertengahan tahun ini, soal Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Nur Jazlan mempersoalkan adakah ahli-ahli UMNO mahu menyerahkan kepimpinan parti kepada individu yang disifatkan telah gagal sebagai Perdana Menteri.
"Kalau nak buat pertandingan pun, kita nak angkat siapa jadi Presiden, Timbalan Presiden baharu. Kita nak harapkan orang pengecut yang paling awal lari lintang pukang selepas UMNO kalah pada PRU14 dulu atau kita nak bergantung kepada orang yang gagal jadi Perdana Menteri kesembilan atau kita nak serahkan nasib parti kepada orang yang sibuk jadi broker yang selama ini nak jual maruah UMNO kepada parti lawan.
"UMNO nak pilih seorang individu yang bergegar-gegar mahu gantikan tempat Presiden ketika berceramah di pentas kempen PRU15 lepas tapi akhirnya kalah di negeri liberal. Sudahlah dia sendiri ditolak di negeri sendiri, lepas itu diberi peluang pula bertanding di negeri lain kononnya dia cukup popular tapi tumbang juga.
"Kita kena fikirkan banyak benda sebelum nak ikut emosi. Cakap nak tukar pemimpin memang senang tapi nak pastikan pemimpin yang baharu angkat itu dapat bela nasib parti, belum tentu," katanya.
Nur Jazlan juga menegaskan sejarah membuktikan berlakunya perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan presiden dan timbalan parti itu dipertandingkan.
Nur Jazlan berkata, dalam sejarah 70 tahun penubuhan UMNO, hanya empat kali berlaku pertandingan untuk jawatan nombor satu parti itu.
Katanya, pertandingan itu membabitkan Tunku Abdul Rahman vs Ahmad Fuad Hassan (1951); Hussein Onn vs Sulaiman Palestin (1978); Mahathir vs Tengku Razaleigh Hamzah (1987) dan Zahid vs empat pencabar (2018).
Jelas beliau, setiap kali berlaku pertandingan presiden, pastinya berlaku perpecahan dalam UMNO dengan Ahmad Fuad keluar lalu menubuhkan Pas, Sulaiman meninggalkan parti, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46.
“Manakala, pada 2018, selepas tewas, walaupun KJ (Khairy Jamaluddin) tidak keluar dari UMNO, namun dia dilihat sedikit menjauhkan diri daripada arus perdana parti dan lebih selesa buat hal sendiri.
“UMNO sudah banyak kali berpecah bermula dengan wujudnya Pas, Semangat 46, PKR dan Bersatu. UMNO tak mampu nak terima perpecahan besar sekali lagi kerana kalau kita pecah lagi, maka jangka hayat UMNO tidak akan lama,” katanya lagi.
Beliau juga mengingatkan ahli UMNO supaya tidak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen yang menang kerusi di bawah tiket parti namun didakwa khianat dan bersekongkol dengan pihak lawan.
Nur Jazlan mendakwa terdapat Ahli Parlimen UMNO yang telah menggerakkan usaha bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Sekali lagi saya tegaskan, usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan demi pengukuhan parti, perpaduan dan ke arah usaha pemulihan sokongan terhadap UMNO.
"Saya nak ingatkan ahli UMNO supaya tak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen parti yang menang bawah tiket UMNO namun selepas menang melupakan parti, macam kacang lupakan kulit.
"Bukan sahaja ada yang melompat malah lebih teruk, khianat kepada parti dengan bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Baik kita fokus kepada macam mana nak kukuhkan kembali UMNO dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas parti difitnah teruk selama ini.
"Lagipun dengan kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, ia adalah platform terbaik untuk mendekati dan membina semula keyakinan penduduk luar bandar terhadap keupayaan UMNO membela rakyat," katanya.
Astro Awani
Tue Jan 03 2023
![Siapa nak diangkat sebagai Presiden UMNO yang baharu? - Nur Jazlan Siapa nak diangkat sebagai Presiden UMNO yang baharu? - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81483285198_NurJazlanMohamed.jpg)
Nur Jazlan juga menegaskan sejarah membuktikan berlakunya perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan presiden dan timbalan parti itu dipertandingkan. - Gambar fail
[TERKINI] Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Perkembangan terkini nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong.
Keadaan terkini di lokasi kejadian insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong.
Difahamkan, nahas yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus.
Seorang individu warga Indonesia juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden berkenaan akibat terkena bilah kipas.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
#AWANInews
Difahamkan, nahas yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus.
Seorang individu warga Indonesia juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden berkenaan akibat terkena bilah kipas.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
#AWANInews
![Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam
Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau April ini.
![Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824732_TBzafrul.jpg)
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter, seorang maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824456_ZalihaMustafa.jpg)
Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.
![KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
![JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
![Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729816923_tbPilihanrayaUzbeki.jpg)
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
![Nur Jazlan lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Tajikistan Nur Jazlan lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Tajikistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718160510_NurJazlanMohamed.jpg)
Nur Jazlan lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Tajikistan
Rahmon menyatakan hasrat serta kepentingan mengukuhkan lagi kerjasama serta hubungan erat antara Parlimen Tajikistan dan Parlimen Malaysia.
![Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690962721_NurJazlan.jpg)
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
![DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693129532_NurJazlan.jpg)
DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mahu memanggil Peguam Negara dan bekas Peguam Negara mengenai kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai luar biasa.
![Ahmad Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai Ahmad Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693034354_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai
Ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu.
![Jangan jadikan Ahmad Zahid 'kambing hitam' - Nur Jazlan Jangan jadikan Ahmad Zahid 'kambing hitam' - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687235071_NurJazlan.jpg)
Jangan jadikan Ahmad Zahid 'kambing hitam' - Nur Jazlan
UMNO dinasihatkan supaya tidak mudah menyalahkan seorang individu sahaja susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN lepas.
![Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687235071_NurJazlan.jpg)
Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara
Berdasarkan pengalaman sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan rasa mampu untuk menjalankan tugas ini.
![Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687145983_WanJunaidiTuankuJ.jpg)
Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19
Nur Jazlan pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas keputusan dibuat melalui proses pengundian bersurat.
![Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687145329_TBangkatsumpah.jpg)
Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.
!['Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman 'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674783367_PesuruhjayaPasPera.jpg)
'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman
Nur Jazlan seharusnya lebih mengutamakan kepada penilaian beliau yang kalah di kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal berturut-turut.