KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satipul Bahri Mamat berkata langkah itu diambil memandangkan jumlah penguat kuasa yang ada tidak mencukupi untuk menampung tugas-tugas penguatkuasaan syariah di Terengganu.
"Setakat ini kita ada 85 pegawai penguat kuasa, terdiri daripada 62 lelaki dan 23 perempuan.
"Jumlah ini memanglah kecil dan tidak mampu menampung pertambahan penduduk negeri yang sudah mencapai seramai 1.2 juta orang selain pertambahan satu daerah baharu iaitu Kuala Nerus," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Hilmi Harun (Pas-Manir) berkenaan bilangan penguat kuasa syariah di setiap daerah di negeri itu.
Selain itu, Satiful berkata kerajaan negeri akan menambah bilangan anggota sukarelawan penguat kuasa syariah bagi membantu tugas-tugas berkaitan.
Menurutnya, senarai nama anggota sukaralewan telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk kelulusan, dan kini permohonan tersebut masih dalam pertimbangan.
"Kita masih menunggu kelulusan senarai nama daripada MAIDAM kerana mereka ada prosedur operasi standard yang perlu dipenuhi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
![Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669708583_DUNTERENGGANU.jpg)
Satipul Bahri pada sesi soal jawab pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto BERNAMA
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025 DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732174875_TBAhmadSamsuri.jpg)
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
![DUN bersidang tanpa pembangkang tetap berjalan baik - MB Terengganu DUN bersidang tanpa pembangkang tetap berjalan baik - MB Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690631162_AhmadSamsuri.jpg)
DUN bersidang tanpa pembangkang tetap berjalan baik - MB Terengganu
Kata Ahmad Samsuri, perkara yang paling penting adalah memastikan matlamat sesuatu sidang diadakan itu tercapai dan berjalan dengan baik.
![Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696131617_dewanterengganu.jpg)
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.
![DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker' DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687923377_DunTerengganu.jpg)
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
![PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687828531_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
![PRN: Terengganu belum putuskan tarikh bubar DUN - Ahmad Samsuri PRN: Terengganu belum putuskan tarikh bubar DUN - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686556110_TBAhmadSamsuriMokht.jpg)
PRN: Terengganu belum putuskan tarikh bubar DUN - Ahmad Samsuri
Tarikh-tarikh tertentu berkenaan PRN sudah difikirkan, namun, ia perlu dipersembahkan kepada Sultan Terengganu dahulu untuk diperkenan baginda.
![Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669708583_DUNTERENGGANU.jpg)
Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco
Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.
![Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669701055_TBmamad.jpg)
Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.
![PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659915581_MenteriBesarDatuk.jpg)
PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB
Ahmad Samsuri berkata, ia bergantung kepada kesesuaian dan waktu untuk memutuskan demikian.
![Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658723404_AhmadSamsuri.jpg)
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.