KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan tarikh Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari.
Beliau berkata, penangguhan dari tarikh asal 6 September itu antara lain bagi membolehkan barisan Kabinet membuat persediaan terutama mengenal pasti isu-isu yang perlu diutamakan di dalam setiap kementerian.
Jelasnya, tambahan masa selama dua hari turut diberi kepada persidangan berkenaaan untuk memberi laluan kepada hal-hal atau usul kerajaan yang perlu diselesaikan.
"Berdasarkan Peraturan Mesyuarat, Perdana Menteri adalah selaku Ketua Majlis Mesyuarat mempunyai budi bicara untuk mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian keadaan semasa.
"Tambahan pula, seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri, termasuklah empat Menteri Kanan, yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet dua hari yang lalu, memerlukan masa untuk menggalas tanggungjawab serta mengenal pasti isu-isu yang perlu diutamakan di dalam setiap kementerian dengan membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi mencapai objektif yang disasarkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Sidang penuh Dewan Rakyat ditunda ke 13 September
Pindaan tarikh itu juga katanya akan dapat memberi masa untuk urusan persiapan Mesyuarat Parlimen dengan susunan Jemaah Menteri baharu dan proses kelulusan draf titah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Selaras dengan konsep “Kabinet Berorientasikan Hasil”, setiap anggota Kabinet perlu menekankan budaya kerja berprestasi tinggi bagi membantu negara memulihkan ekonomi demi kesejateraan rakyat dan perlu bertindak pantas serta bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19,"ujarnya.
Astro Awani
Wed Sep 01 2021
Wan Junaidi mengesahkan tarikh Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari. - Gambar fail
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying
Kerajaan berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel dengan perolehan itu akan disalurkan semula kepada rakyat.
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan
NADMA turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM741,780 kepada JKM termasuk bagi tujuan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana.
Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM
Perkara itu termaktud dalam peruntukan Seksyen 41 (A), Akta Kerja 1955, dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan.
Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi
Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus
Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.
Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah
Keberkesanan program pembasmian kemiskinan ini juga boleh dilihat dari aspek penurunan dalam kadar pengangguran nasional.
Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF
Sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15.
25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen
Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan.