Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui sifat berkasih sayang menjadi pendekatan terbaik dalam berdepan kemelut politik yang melanda negara ini.
Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang sanggup bergaduh semata-mata akibat berlainan fahaman.
"Kenapa mesti ambil pendekatan bergaduh sampai tidak ada hentinya ini? Untuk apa ya? Berkasih sayang.
"Saya nak kawan, (dan) musuh solat dekat saya kalau saya mati. Itu yang menjadi harta kepada saya di kubur dan di akhirat nanti," itu kata Shahidan ketika ditemui Astro AWANI di perkarangan Parlimen hari ini.
Justeru, Shahidan juga percaya isu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri Deklarasi Rakyat hanya dapat diselesaikan menggunakan pendekatan kasih sayang.
"Kasih sayang ini adalah pendekatan. Tun (Dr Mahathir) pakai pendekatan deklarasi, saya pakai pendekatan kasih sayang. Saya tidak akan ubah kasih sayang saya kepada mana-mana pihak.
"Kalau kita buat apa pun dengan tujuan untuk mengenepikan mana-mana pihak, sudah pasti ia tidak akan menyelesaikan mana-mana masalah.
“Kalau nak selesai masalah kita ambil pendekatan kasih sayang. Saya ambil pendekatan kasih sayang, menghukum tidak menyelesaikan masalah,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Arau itu juga percaya hanya Parlimen dan pihak parti sahaja mampu membuat keputusan untuk menyingkirkan Najib dan bukannya menerusi kempen dalam talian.
"Bagi mana-mana pihak, ambillah pendekatan demokrasi berparlimen. Kalau kita asyik berterusan begini, seperti Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim) sebut tadi, ia meletihkan," jelasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 07 2016

SHAHIDAN: Kenapa mesti ambil pendekatan bergaduh sampai tidak ada hentinya ini? - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

PRU15: Mukhriz tersungkur di Jerlun
Mukhriz jauh ketinggalan berbanding Dr Abd Ghani Ahmad yang memperoleh majoriti 20,456.

UMNO tarik sokongan: Pejuang enggan masuk campur, beri tumpuan krisis kesihatan, ekonomi - Mukhriz
Sebagai parti yang berpaksikan kepentingan rakyat, parti itu mahu krisis ekonomi dan kesihatan diselesaikan sebaiknya.

Berita tempatan pilihan sepanjang Sabtu
Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Feb 2021.

4,300 pelajar di kampus UUM selamat, terkawal - Mukhriz
Kira-kira 4,300 pelajar di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini berada dalam keadaan selamat dan terkawal, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

RM165 juta Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun kecil
Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM600 dan akan dibayar dalam dua peringkat; RM300 pada akhir tahun ini dan RM300 lagi pada awal tahun 2019.

Mukhriz: PAS-PPBM sepakat tumpu strategi tawan kerusi luar bandar
Kerjasama antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai strategi pembangkang untuk menawan kerusi luar bandar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

PM dua penggal: Cadangan Mukhriz tidak berasas - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan mengapa cadangan Mukhriz itu tidak dikemukakan sewaktu bapanya menjadi perdana menteri.

Sifat berkasih sayang pendekatan terbaik dalam berdepan kemelut politik
Shahidan juga mempersoal tindakan pihak yang sanggup menyerang malah bermasam muka hanya kerana tidak sehaluan fahaman politik.

RM15,000 untuk setiap pemain utama Kedah - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak Kedah yang muncul Naib Juara Piala Malaysia musim ini.