KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Che’gubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Menerusi satu kenyataan, SKMM berkata rakaman percakapan untuk Che’gubard dan Salim akan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor manakala Papagomo (Balai Polis Setapak).
“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” menurut kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Che’gubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa, berkata dia dikehendaki hadir bersama Salim di Cyberjaya pada Rabu.
“Kalau kita tidak hadir, satu waran akan dikeluarkan oleh Majistret.
“Tadi ada tujuh orang pegawai MCMC datang dan minta kita tandatangani dokumen ini, persetujuan untuk hadir dan menyerahkan gajet-gajet kami untuk esok.
“Ini saya sebut tadi, ini bukan intimidasi dah... ini satu bentuk salah guna kuasa. Saya tanya pegawai tadi, posting yang mana, dia pun tak pasti, dia kata - TikTok lah ni.
“Jadi saya dan Salim esok jam 3 petang akan hadir ke SKMM. Tak tahu nak buat soal siasat atau apa, rampasan gajet atau apa,” katanya.
Menurutnya, beliau hadir ke Bukit Aman pada Selasa bagi memberi sokongan kepada Datuk Tamrin Ghafar yang dipanggil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).
Tambahnya, dia dan Salim membuat siaran langsung TikTok ketika berada di luar Bukit Aman sementara menanti Tamrin keluar.
Katanya, mereka kemudian didatangi kira-kira lapan individu mendakwa dari SKMM dan mahu membawa mereka ke ibu pejabat.
Begitupun, menurut Che’gubard, dia ada urusan lain dan hanya boleh hadir ke SKMM pada Rabu.
Ridauddin Daud
Tue Apr 16 2024
![SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713254902_CheGuBardWanMuh.jpg)
SKMM berkata rakaman percakapan untuk Che’gubard dan Salim akan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor manakala Papagomo (Balai Polis Setapak).
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
![Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725613165_TBRamliMohamed.jpg)
Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.
![Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737973178_tbMohdShuhailyMohd.jpg)
Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.
![Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737692026_TBburuh.jpg)
Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.
![Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
![147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman 147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735798432_AzriAhmadJIPSPo.jpg)
147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
![Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735382653_dadah.jpg)
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
![51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta 51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725613165_TBRamliMohamed.jpg)
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
![Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000 Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673518377_TBSIMBAHASID.jpg)
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.