KUALA LUMPUR: Skuad terjun lelaki negara dituntut memanfaatkan latihan pusat di Sichuan, China dengan menguasai tahap kesukaran terjunan baharu bagi memberi saingan sengit pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September ini.
Penolong Jurulatih Kebangsaan Datuk Leong Mun Yee bagaimanapun berkata ia bukanlah tugas mudah buat kesemua tujuh penerjun lelaki yang akan menggalas cabaran negara di China kerana mereka hanya mempunyai masa kira-kira 40 hari untuk 'menyerap' rutin baharu itu.
"Tahap kesukaran terjunan skuad wanita adalah standard sebab pasukan China juga sama seperti kita, jadi pada latihan pusat kali ini kita harap skuad lelaki negara mampu meningkatkan tahap kesukaran terjunan mereka.
"(Mereka belajar) terjunan baharu yang boleh digunakan pada temasya itu, namun perlu dilihat tahap konsistensi terutamanya kerana mereka baru sahaja tiba di Sichuan Ahad lepas (20 Ogos) bersama dua penerjun wanita. Tiga lagi atlet wanita akan sertai mereka minggu hadapan," katanya kepada Bernama.
Pemenang dua pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia itu memaklumkan barisan kejurulatihan akan menilai prestasi penerjun lelaki terlebih dahulu sekiranya mereka layak diberi 'lampu hijau' untuk mengaplikasikan rutin baharu pada temasya berprestij itu.
Mun Yee bagaimanapun mahu anak buahnya untuk terus mempamerkan semangat juang tinggi apabila menyifatkan sukan itu bukanlah acara lubuk emas pada temasya empat tahun sekali itu dengan kehadiran kuasa besar China yang sering mendominasi acara terjun.
Beliau berkata pihaknya mempunyai sasaran realistik bagi penerjun negara yang akan mewakili Malaysia, walaupun temasya sukan di Hangzhou itu tidak menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Sebenarnya setiap kejohanan yang besar, kita kena jalani latihan di China sebab lebih tertumpu dan fasiliti bagus.
"Sukan Asia bukan lubuk emas sebab mahu menewaskan China agak susah, namun kita ada sasar beberapa pingat tetapi bukan emas. Pengumuman pingat ini biarlah mereka yang terlibat umumkan nanti," ujarnya.
Skuad lelaki dibarisi Ooi Tze Liang, Bertrand Rhodict Lises, Enrique Maccartney Harold, Gabriel Gilbert Daim, Jellson Jabillin, Hanis Nazirul Jaya Surya dan Muhammad Syafiq Puteh.
Sementara Datuk Pandelela Rinong, Kimberly Bong Qian, Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Ong Ker Ying bagi acara wanita.
Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Mun Yee berkata pihaknya mempunyai sasaran realistik bagi penerjun negara yang akan mewakili Malaysia. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Skuad lelaki perlu kuasai tahap kesukaran terjunan baharu
Skuad terjun lelaki negara dituntut memanfaatkan latihan pusat di Sichuan, China dengan menguasai tahap kesukaran terjunan baharu bagi memberi saingan sengit pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou.
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada skuad terjun negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada semua atlet dan mendoakan semoga mereka mencapai kejayaan cemerlang.
MAS akan pujuk Mun Yee
Ia agar penerjun itu dapat membantu Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam hujung tahun ini
Brooker mahu lebih ramai penerjun layak ke Sukan Olimpik 2020
Kejohanan di Pusat Akuatik Tokyo itu merupakan kejohanan kelayakan terakhir untuk penerjun menempah tiket ke Sukan Olimpik 2020.
Olimpik Rio: Cuaca tidak menentu cetus gusar skuad terjun
Keadaan cuaca yang kadang-kadang mendung dan panas mula mengganggu atlet terjun negara.
Dhabitah-Jun Hoong bantu skuad terjun Malaysia raih slot ketujuh Sukan Olimpik
Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang selepas menempah slot ketujuh ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.