KUALA LUMPUR: Perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat pada Selasa kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen dari blok kerajaan mencelah pada penghujung perbahasan beliau.
Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Radzi Md Jidin (PN - Putrajaya) tiba-tiba mempersoalkan di manakah maruah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sebelum ini mahu memperjuangkan keadilan.
Menurutnya, di sebalik ketegasan kedua-dua parti itu, timbul pula keputusan melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
“Di mana maruah PKR , di mana maruah DAP yang kononnya memperjuangkan keadilan. Sembang kencang boleh, bila berhadapan dengan hakikat keadilan, mereka senyap-sesenyapnya,” katanya.
Tidak lama selepas itu, beberapa ahli parlimen blok kerajaan antaranya Aminolhuda Hassan (PH - Sri Gading,) Lee Chean Chung (PH - Petaling Jaya) dan Khoo Poay Tiong (PH - Kota Melaka) turut bangkit mencelah.
Begitupun, Hamzah tidak memberikan laluan kepada ketiga-tiga Ahli Parlimen itu menyebabkan salah seorang daripada mereka, Poay Tiong yang dilihat seperti tidak berpuas hati.
“Mana anak menantu Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), mana anak menantu Pagoh saya nak tanya,” katanya berulang kali.
Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) kemudian bangkit, mempersoalkan kenyataan dibuat oleh Poay Tiong.
Ronald berkata, kenyataan dibuat oleh Poay Tiong itu bercanggah dengan Peraturan 36 (9) di mana tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat mana-mana Ahli Parlimen.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor kemudian meleraikan kekecohan itu.
Ridauddin Daud
Tue Sep 12 2023

Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Radzi Md Jidin (PN - Putrajaya) tiba-tiba mempersoalkan di manakah maruah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sebelum ini mahu memperjuangkan keadilan. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.

Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).