KUALA LUMPUR: Pembangkang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap larangan yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk tidak membenarkan perhimpunan yang berkuat-kuasa pada 25 Oktober lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak setuju sekiranya pilihan raya diadakan tanpa sebarang kempen selepas tindakan kerajaan pimpinan UMNO Melaka mempengaruhi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sementara saya setuju prosedur operasi (SOP) yang ketat, (dimana) keselamatan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan.
"Sebab itu kita rasa kesal dengan keputusan kerajaan pimpinan UMNO Melaka yang mempengaruhi TYT... yang tak fikir panjang, meneliti panjang kesan, ini masalahnya. Mereka (UMNO) memulakan punca ini (menyebakan) beban dan susah kepada rakyat... kemudian nak suruh pilihan raya.
"Pilihan raya (pula) tak boleh kempen, tak boleh jumpa orang... Ini pilihan apa? Tetapi saya dengar Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) memberi jaminan untuk menjelaskan SOP ini.
"Ini kerana macam mana? Naik lori cakap sorang-sorang (seorang diri), (itu) SOP, kemudian kena denda RM10,000. Makan beratus-ratus orang, ada majlis, itu tak payah denda. Ini negara apa, darjat mana yang mereka wakili?
"Saya tidak setuju kalau pilihan raya dibuat dan dibiarkan (tanpa kempen). Saya faham perkara ini mungkin sensitif bagi Perdana Menteri tetapi dia Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia, bukan kepada pemimpin UMNO sahaja," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Anwar (PH-Port Dickson) berkata demikian menjawab celahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) yang meminta Perdana Menteri supaya membuat pengumuman segera berhubung SOP PRN Melaka.
Jelas Saifuddin, perkara itu perlu bagi mengelak kekeliruan serta rasa tidak puas hati pelbagai pihak.
"Melaka sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan jika berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelbagai aktiviti sosial sudah dibenarkan, malah majlis rasmi kerajaan pun dibenarkan.
"Saya sudah boleh membayangkan akan berlaku 'double standard' dan itu sudah berlaku. Ada pimpinan sebelah kerajaan papar dengan bangga program mereka di media sosial tetapi tidak dikenakan kompaun," ujar beliau.
BACA: Langgar SOP PRN Melaka: Tiada istilah orang biasa atau kayangan, undang-undang sama saja - PM
Pada 24 Oktober lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya, termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.
Barisan Nasional (BN), yang mengadakan majlis pelancaran jentera PRN Melaka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis lalu telah dikenakan kompaun.
Bahkan, PKR turut dikenakan kompaun RM10,000 selepas mengadakan program penerangan bergerak yang didakwa tanpa kehadiran perhimpunan di Taman Krubong Jaya, pada Sabtu lalu.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 01 2021
Anwar mendakwa pimpinan UMNO Melaka mempengaruhi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. - Foto BERNAMA
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.