Bekas naib presiden MIC Datuk S. Sothinathan dilantik sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk mendamaikan anggota parti itu.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.
"Tetapi jika kami tidak lakukan (bersatu), perpecahan akan sentiasa wujud," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti di sini pada Ahad.
Beliau berkata pelantikan Sothinathan adalah penting untuk mengukuhkan MIC bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka sukar, oleh itu, "kami perlu memastikan parti kukuh dan bersatu".
Dalam pada itu, presiden MIC berkata parti itu bersedia untuk mempertahankan kerusi mereka pada PRU14, dan kemungkinan bertukar kerusi di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Dr Subramaniam bagaimanapun enggan apabila diminta mengulas lanjut berhubung cadangan pertukaran kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN), dengan menyatakan ia adalah idea BN yang masih lagi dalam perbincangan.
Sothinathan sebelum ini merupakan kem Palanivel yang menyaksikan wujudnya 'Team A' dan 'Team B' dalam MIC.
Kembalinya beliau ke dalam parti di bawah kepimpinan Dr Subramaniam, menandakan wujud perpaduan baharu dalam MIC.
Dalam perkembangan berasingan, MIC telah menubuhkan jawatankuasa undang-undang untuk mengkaji Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355.
"Kami tubuhkan jawatankuasa ini dan akan mengkaji bidang kuasa dan hak-hak orang bukan Islam di negara ini, berdasarkan peruntukan di bawah akta itu.
"Jawatankuasa undang-undang akan mengadakan perbincangan dan mengumpulkan pandangan, yang kemudian akan dikemukakan kepada perdana menteri," kata Dr Subramaniam. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017
Sothinathan (gambar) sebelum ini merupakan dari kem Palanivel yang menyaksikan wujudnya 'Team A' dan 'Team B' dalam MIC. - Gambar fail
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C Sivaraj dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkuatkuasa 11 Mei lalu.
Klopp sukar luah rasa bangga dengan kata-kata
Kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan sepanjang 90 minit tetapi Roberto Firmino akhirnya menamatkan kekentalan pasukan dari negara asalya itu pada minit ke-99.
Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS
Amerika Syarikat menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.
Sothinathan dilantik ahli CWC tanda perdamaian - Presiden MIC
Pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.
Pemilihan MIC: Kamalanathan umum pertahan jawatan CWC
P. Kamalanathan mengumumkan akan mempertahankan jawatan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada pemilihan parti itu nanti.
Dr Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC yang baharu
Dr. Subramaniam diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas tiada calon lain mencabarnya.
Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.
'Hanya pencalonan cawangan diadakan CWC Interim MIC 2009 adalah sah'
Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.
Subramaniam hantar minit mesyuarat palsu kepada RoS - Sothinathan
Menurut perkara 56.2 Perlembagaan MIC, hanya Setiausaha Agung parti boleh memanggil mesyuarat CWC di atas arahan presiden parti dan setakat ini tiada permintaan bertulis diterimanya.
Palanivel: Pemilihan semua jawatan MIC bulan Julai
Bekas Presiden (MIC) Datuk Seri G. Palanivel mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dipengerusikannya akan mengadakan pemilihan parti bagi semua jawatan bulan depan.