SEREMBAN: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar mengesahkan, beliau tidak menerima sebarang surat daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Chennah) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini pada Isnin.
Anthony berkata, jawapan itu memberi mesej jelas kepada rakyat di Negeri Sembilan bahawa ADUN Sikamat tersebut masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai Menteri Besar.
"Bagi saya pergolakan dalam parti itu perkara biasa. Parti nak buat macam mana, terpulang. Kalau parti nak tukar kedudukan Sikamat (Aminuddin) sebagai Pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri) pun, itu adalah hal dalaman parti kerana kedudukan parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan," katanya.
Tegas beliau, selagi Aminuddin mempunyai sokongan majoriti ADUN, kedudukannya sebagai Menteri Besar tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh barisan ADUN kerajaan supaya mendukung dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Aminuddin untuk menerajui kerajaan Negeri Sembilan sehingga akhir tempoh.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusof Tapar berkata, rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Sinar Harian
Mon Sep 06 2021
![Speaker DUN Negeri Sembilan tidak terima surat tarik sokongan terhadap MB Speaker DUN Negeri Sembilan tidak terima surat tarik sokongan terhadap MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630925816_AminuddinHarun.jpg)
Media sebelum ini melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi MPN. - Gambar fail
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di kompleks Perdana Putra hari ini di Putrajaya.
![Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739249740_Thaipusam.jpg)
Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.
AWANI Ringkas: Penderaan | Sambutan Thaipusam | Orang hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump naikkan tarif keluli dan aluminium
Presiden Donald Trump menaikkan tarif import keluli dan aluminium pada Isnin dengan membatalkan pengecualian serta kuota bebas cukai bagi pembekal utama seperti Kanada, Mexico, Brazil, dan beberapa negara lain.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Polis Israel serbu kedai buku Palestin
Polis Israel menyerbu sebuah kedai buku Palestin terkenal di Baitulmaqdis Timur dan menuduh pemiliknya menjual buku yang dikatakan menghasut keganasan.
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Banyak negara gagal penuhi sasaran iklim PBB
Banyak negara pencemar utama gagal memenuhi tarikh akhir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengemukakan sasaran iklim baharu.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan Australia
Hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa bahagian Australia pada Isnin berikutan permulaan musim monsun.
![Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739249021_AirForceOne.jpg)
Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS
Alasan yang diberikan, ia merupakan 'amalan dalam menerapkan perubahan nama apabila ia telah dikemas kini dalam sumber rasmi kerajaan.'
Seorang maut selepas jet peribadi terhempas di Arizona
Sebuah jet peribadi dilaporkan terhempas selepas bertembung dengan sebuah lagi pesawat di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Elon Musk mahu beli Openai, CEO Sam Altman kata "No, Thank You"
Musk, yang telah lama berselisih faham dengan Ketua Pegawai Eksekutif Openai, Sam Altman telah mengemukakan beberapa aduan undang-undang terhadap syarikat itu.
![Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan dipecat Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631115464_TBPKR.jpg)
Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan dipecat
Surat pemecatan beliau ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
![Speaker DUN Negeri Sembilan tidak terima surat tarik sokongan terhadap MB Speaker DUN Negeri Sembilan tidak terima surat tarik sokongan terhadap MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630925816_AminuddinHarun.jpg)
Speaker DUN Negeri Sembilan tidak terima surat tarik sokongan terhadap MB
Media sebelum ini melapor kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.