KUALA LUMPUR:Setelah beberapa kali sebelum ini menyatakan tidak mempunyai kuasa untuk mempercepatkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini meminta ahli Parlimen merujuk sendiri amalan dan konvensyen Westminster yang diikuti oleh negara ini.
Azhar berkata menerusi kajian mendalam yang dibuat beliau, selain merujuk amalan dan konvensyen Westminster itu, beliau dapati Yang Dipertua Dewan Rakyat sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk menaikkan usul undi tidak percaya tersebut kepada giliran pertama.
Oleh itu kata Azhar beliau tidak faham mengapa ramai dalam kalangan ahli Parlimen, cendekiawan, peguam termasuk bekas peguam negara masih bertegas menyatakan beliau mempunyai kuasa tersebut.
"Perkara ini bukan sahaja (diamalkan oleh) kita, di Afrika Selatan serupa, di United Kingdom serupa, di Australia serupa, kita menggembar-gemburkan bahawa konvensyen dan amalan Westminster demokrasi mesti dituruti, jadi kita turut. Itu amalannya. Saya terikat dengan prosedur yang diluluskan oleh Dewan ini sendiri melalui Peraturan Mesyuarat," katanya di Dewan Rakyat.
Terdahulu sebelum sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bermula, RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memberi contoh situasi usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak baru-baru ini, mencadangkan agar Dewan Rakyat mengambil iktibar dengan mengutamakan usul berkenaan.
Sim Tze Tin (PH-Bayan Baru) yang turut menyuarakan hal sama berkata perkara itu merupakan isu legitimasi kerajaan, justeru perlu diputuskan segera agar kestabilan politik negara dapat dicapai.
Sebelum ini Azhar dilaporkan berkata sistem yang diamalkan di Australia juga hampir serupa dengan amalan di Malaysia iaitu sesuatu usul undi tidak percaya tidak akan dipercepatkan perbahasannya tanpa penerimaan oleh seorang menteri.
Mengulas lanjut, Azhar berkata sudah lebih empat bulan beliau menjelaskan alasan di sebalik tindakan yang diambilnya, justeru sudah tiba masa untuk mereka yang berkenaan berhenti membangkitkan perkara terbabit.
"Saya sudah terangkan alasan tindak-tanduk saya, saya rasa kita berhenti di sini saja. Saya faham pendapat saya tak diterima tapi pada asasnya, hakikatnya, itulah amalan dan konvensyen Westminster demokrasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020

Azhar berkata menerusi kajiannya, Yang Dipertua Dewan Rakyat sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk menaikkan usul kepada giliran pertama. -Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Langkah Dubai sekadar politik 'cemas', pembangkang hilang modal - PM Anwar
Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen, kata Anwar.

Parlimen Jepun tolak usul undi tidak percaya terhadap Kabinet Kishida
Dewan Rakyat Jepun menolak usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Kabinet Perdana Menteri Fumio Kishida pada Jumaat.

Pembangkang umpama 'langau politik' - Salahuddin
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan pembangkang umpama langau politik kerana tidak membawakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRU15: Ahmad Zahid dicabar kemuka undi tidak percaya kepada PM
Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata Ahmad Zahid perlu mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan Perdana Menteri.

SD sokong Saarani: Nasib Hasnul di tangan Bersatu Pusat
Bersatu Perak sudah menerima laporan mengenai kenyataan Hasnul Zulkarnain daripada Bersatu Bahagian Parit Buntar pada Ahad.

Speaker tiada kuasa cepatkan usul, Azhar minta MP rujuk sendiri konvensyen Westminster
Azhar hari ini meminta ahli Parlimen merujuk sendiri amalan dan konvensyen Westminster yang diikuti oleh negara ini.

Maszlee perlu kaji, fahami peraturan sidang Dewan Rakyat - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan urusan tetap perlu menjadi keutamaan, mengikut peraturan Dewan.

Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27
Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Tak boleh bawa usul undi tidak percaya, bawalah usul undi percaya - Anthony Loke
Ini berikutan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan usul tidak percaya beri gambaran seolah-olah mereka tidak percaya YDPA.

Usul undi tidak percaya tidak boleh dibuat secara 'serang hendap' - Pandikar Amin
Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar dibuat secara "serang hendap", sebaliknya harus dimaklumkan melalui notis kepada dewan terlebih dahulu.