Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Rabu ini, berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lepas.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub, semalam.
Mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, di sini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mesyuarat itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh kekosongan DUN N.06 Chempaka, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.
"Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," katanya.
Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berkenaan.
Semalam, Abdullah dalam sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim berkata berdasarkan kepada Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan, kekosongan sesuatu kerusi DUN Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh SPR mendapati kerusi tersebut kosong.
Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis lalu selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.
Bernama
Mon Feb 16 2015

Mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS
Polis mengesahkan menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkenaan gambarnya yang digunakan untuk tujuan iklan skim pelaburan saham palsu.

Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS
Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.

Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang
Ia merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program "Projek Artikel 11 Jom Ziarah" anjuran Impact Malaysia.

MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian
Sistem berkenaan dinaik taraf daripada sistem e-Wasiat sedia ada dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS
Masyarakat seluruh negara khususnya Selangor diseru agar sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan.

Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.