KUALA LUMPUR : Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Srikandi Bersatu) mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
Dalam masa sama, Ketuanya, Datuk Seri Rina Harun menegaskan, Kerajaan sepatutnya tidak bersikap selektif dan menyenaraikan yayasan yang dikecualikan cukai bagi tempoh 2018 hingga 2020.
“Jadi saya harap kita serahkan (kes pendakwaan) kepada peguam-peguam kita yang bijaksana yang akan membela kes ini di mahkamah. Kita harap Yang Berhormat (YB) yang ada, YB Mas Ermieyati, YB Datuk Seri Ronald Kiandee, usulkan Akta Pendanaan Politik ini disegerakan, kalau tidak ramai lagi mangsa yang menjadi kezaliman ini.
“Saya juga minta disenaraikan yayasan-yayasan dikecualikan cukai dari tahun 2018 hingga 2020, Kita nak tengok mana yang dikecualikan cukai, jangan hanya memilih satu pihak sahaja,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kerajaan akan merujuk Akta Pendanaan Politik kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan diwujudkan tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Rina berkata, Akta Pendanaan Politik diharap akan memberi keterangan yang jelas mengenai isu sumbangan politik kepada mana-mana parti.
“Dimaklumkan, (Presiden) terima duit dari penyumbang. Kita ada peguam-peguam kita di sini. Yang jelas, apabila Tan Sri Muhyiddin menerima (sumbangan) sebagai Presiden, takkan orang nak menyumbang ini dia jumpa yang lain-lain, dia jumlah Presiden sebagai ketua sebuah parti.
“(Sumbangan) itu dimasukkan ke dalam akaun Bersatu, bukan akaun individu. Ini juga dianggap di Malaysia, ada undang-undang berkaitan pendanaan parti politik. Semua kenal, beliau (penyumbang) ini merupakan ahli perniagaan Bumiputera yang berjaya, bukan jutawan, tetapi billionaire. Melayu nak bantu parti Melayu. Banyak jasanya,” ujarnya lagi.
Srikandi Bersatu juga yakin parti itu akan menang dalam kes pendakwaan di mahkamah dan sokongan tidak berbelah bahagi akan sentiasa diberikan kepada pemimpin utama Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 10 2023

Datuk Seri Rina Harun menggesa kerajaan agar tidak bersikap selektif dan menyenaraikan yayasan yang dikecualikan cukai bagi tempoh 2018 hingga 2020. - Foto Astro AWANI

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun
Kedudukan kewangan Bersatu agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh SPRM sejak Januari 2023.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.

PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.

Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.

PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.

PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.

PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.