Srikandi Bersatu akan memberikan fokus kepada pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia agar sumbangan golongan itu terhadap ekonomi negara akan lebih signifikan.
Ketuanya, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia memandangkan 70 peratus graduan institusi pengajian tinggi adalah golongan wanita.
“Inilah fokus Srikandi selepas Pilihan Raya ke-14, 'Mengisi Kemenangan' dengan meningkatkan kecekapan urus tadbir kerajaan dan parti. Memperkasa modul pendidikan dan menaik taraf ekonomi golongan wanita,” katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Srikandi Bersatu di sini hari ini.
Dengan kecanggihan teknologi internet dan robotik, wanita sudah tidak perlu lagi berhijrah jauh ke bandar untuk lahir sebagai “Usahawan Taraf Dunia”.
“'Wanita sinonim sebagai pengusaha kecil', maka hari ini Srikandi seharusnya berazam agar status ini bertukar menjadi 'Wanita sinonim sebagai usahawan taraf dunia' seperti Saidatina Khadijah,” tambahnya.
Ujar beliau, keusahawanan dilihat sebagai salah satu penyelesaian tepat dalam memecah kepompong kemiskinan dan kemunduran.
“Sesungguhnya di bawah Dasar Ekonomi Baru orang Melayu telah diberi banyak peluang dan bantuan supaya mereka dapat meningkatkan kejayaan mereka dalam perniagaan dan perusahaan. Namun itu bukanlah bermakna kita boleh merasa selesa,” kata Rina lagi.
Beliau juga berazam agar Modul Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang melibatkan lebih 220,000 anak-anak di bawah 6 tahun diformulasikan semula berasaskan budaya Hikmah, Hasanah dan Amanah.
“Saya berharap agensi kerajaan khususnya KEMAS dan MARA akan memulakan perubahan ini secara komprehensif dan bersepadu dalam jangka waktu tiga tahun ini. Semoga generasi akan datang menjadi generasi hebat dan berbudaya,” kata beliau.
Rahimah Abdullah
Sat Dec 29 2018
Datuk Seri Rina Haru berkata keusahawanan dilihat sebagai salah satu penyelesaian tepat dalam memecah kepompong kemiskinan dan kemunduran - FotoBERNAMA
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
Anwar ajak orang Melayu fikir dasar selain DEB
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang Melayu dan Bumiputera membuka ruang dalam diri untuk memikirkan dan menerima dasar selain Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membangunkan ekonomi semua kaum.
Wawasan Kemakmuran Bersama: Kekayaan rakyat lebih mapan
Pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) akan menjadi hala tuju baharu kerajaan selepas kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020.
Memahami teras dan potensi Wawasan Kemakmuran Bersama
WKB membawa agenda Pertumbuhan Dengan Pengagihan (PDP), iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi dikongsi secara adil tanpa mengira kaum dan lokasi.
Srikandi tumpu pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia
Srikandi Bersatu akan memberikan fokus kepada Pembangunan Usahawan Wanita bertaraf dunia agar sumbangan wanita terhadap ekonomi negara akan lebih signifikan.
Gabem setuju DEB dikaji
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bersetuju dengan langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan digantikan dengan dasar yang lebih efektif dan bersih.
Jangan rombak DEB, NEM sewenang-wenangnya - Zahid
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana dasar yang dibuat telah mengambilkira kepentingan semua rakyat.
Saya mahu legasi ayahanda terus hidup - PM Najib
Allahyarham Tun Abdul Razak telah mencetus idea DEB yang mengubah kehidupan masyarakat luar bandar menjadi lebih baik.
PM Najib hayati aspirasi golongan muda untuk input TN50
PM Najib malam ini melancarkan TN50 dengan mengadakan dialog perdana bersama golongan belia dari seluruh negara, yang memberi imput mengenai aspirasi mereka bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Ku Li cadang satu pelan ekonomi baharu berasaskan merit
Beliau menamakan pelan ekonomi baharu itu sebagai Pelan Tindakan Ekonomi Amanah Negara atau Pelan Amanah.