KUALA LUMPUR:Status quo di Perak masih boleh dikekalkan meskipun Pas telah menyatakan pendirian untuk tidak bersama dengan pembentukan kerajaan baharu.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, perkara itu dilihat selepas wujud kelembutan daripada pendirian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mahu kerajaan negeri perlu ditubuh daripada Perikatan Nasional (PN).
Katanya, bagaimanapun perkara itu menimbulkan persoalan adakah UMNO akan kembali kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas usul berkenaan dibawa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.
"Kita kena lihat dalam konteks apa yang berlaku semalam (di mana) UMNO menolak Menteri Besar (dan) bukan PN, malah pembangkang pula menolak kedua-duanya iaitu Menteri Besar dan kerajaan PN.
"Saya percaya kedudukan seperti ini yang boleh dijangkakan adakah status quo itu masih boleh dikekalkan walaupun Pas telah menyatakan pendirian menolak (untuk) bersama dengan kerajaan baru," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.
BACA: Pemimpin PH kunci mulut, selesai menghadap Sultan Perak
BACA: Pemimpin PH, Orang Besar Perak tiba di Istana Kinta
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi hari ini?
Dalam pada itu, Sivamurugan berkata, adakah menjadi kesukaran untuk melihat akan wujud gabungan baharu membentuk Kerajaan Negeri Perak.
"Bagaimanapun perkara itu boleh berlaku jika ada beberapa pihak bersedia untuk menzahirkan kerjasama dalam gabungan baharu itu, namun tetap akan menimbulkan polemik politik.
"Jadi dalam kedudukan sekarang, saya masih melihat status quo tanpa ada banyak perubahan melainkan ada desakan tertentu daripada pihak lain yang mahu teruskan agenda pembubaran," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Sat Dec 05 2020

Bagaimanapun menurut Sivamurugan, perkara itu menimbulkan persoalan adakah UMNO akan kembali kepada Bersatu selepas usul berkenaan di bawa parti itu. - Gambar file

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.

Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.

Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China
Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang.

Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi
Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.

Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.

Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.

Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.

Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow
Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.

MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan
Polis Perak menafikan kononnya berlaku kekecohan di hadapan pejabat UMNO yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).