KUCHING: Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dipilih sebulat suara sebagai Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baharu, umum sekretariat pemilihan parti tersebut pada Sabtu.
Dr Rundi yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, mengisi jawatan berkenaan untuk kuota sayap Pesaka, menggantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong yang mengumumkan persaraannya daripada politik.
Tempat Dr Rundi sebelum ini, sebagai Naib Presiden, diambil alih ADUN Layar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Gerald Rentap Jabu.
Pengumuman mengenainya dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen PBB 2022, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dalam satu sidang media yang dipengerusi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako.
Dalam sidang media yang sama, Awang Bemee turut mengumumkan keputusan sebulat suara seluruh cawangan untuk mengekalkan Datuk Seri Fatimah Abdullah sebagai Ketua Pergerakan Wanita, manakala Adun Serembu, Miro Simuh kini mengetuai Pergerakan Pemuda.
“Mereka secara automatik akan memegang peranan sebagai Naib Presiden,” tambahnya lagi.
Hanya jawatan Majlis Tertinggi sayap Bumiputera katanya, akan menyaksikan pertandingan apabila 22 calon akan berentap untuk berebut 16 kerusi yang diperuntukkan.
Senarai calon yang menawarkan diri adalah seperti berikut; Mohammad Razi Sitam, Dr. Hazland Abang Hipni; Mahmud Ibrahim, Datuk Abdullah Saidol, Syed Hamzah Wan Hamid Edruce, Razaili Gapor, Fazzrudin Abdul Rahman, Haidar Khan Asghar Khan, Mohamed Kamaluddin Mohamad Effendie, Jay Keram, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa Mohamad Duri, Safiee Ahmad, Datuk Awang Daud Awang Putera, Pandi Suhaili, Yusuf Abdul Wahab, Mohamad Sardon Zainal, Zainulabidin Ismail, Awla Dris, Aidel Lariwoo, Datuk Dr. Juanda Jaya dan Paul Druce
“Ini berbeza dengan jawatan Majlis Tertinggi sayap Pesaka, apabila menyaksikan kesemua calon menang tanpa bertanding untuk 14 jawatan, setelah 10 calon lain membuat keputusan untuk menarik balik pencalonan.
Keputusan yang sama tambahnya, turut berlaku dalam saingan di peringkat Pergerakan Pemuda dan Wanita, apabila tiada pertandingan akan berlaku, setelah proses konsensus berlaku.
Astro Awani pada Jumaat melaporkan semua jawatan dalam PBB tidak dipertandingkan, kecuali jawatan Majlis Tertinggi.
BACA: PBB: Jawatan utama tidak ditandingi, kecuali ahli MT
Azizah Alwi
Sat Jun 11 2022
Dr Stephen Rundi Utom dipilih mengisi jawatan sebagai Naib Presiden Kanan PBB menggantikan bekas Datuk Seri Michael Manyin Jawong yang mengumumkan persaraannya daripada politik. - Foto Bernama
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
Lebih 115,000 rakyat Syria kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad - PBB
Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi OCHA, Jonathan Whittall, pada Selasa.
PBB kecam operasi ketenteraan Israel sasarkan hospital di Gaza
PBB menegaskan pendirian dengan mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, termasuk hospital.