KUALA LUMPUR : Teka-teka bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan 19 November sebagai hari pengundian.
Melihat kepada perkembangan ini, Astro AWANI menjalankan satu kaji selidik #SuaraMalaysia bagi menghubungkan tiga platform Astro AWANI, iaitu TV, digital dan media sosial bermula 17 Oktober sehingga seminggu selepas PRU15.
Selain itu, ia juga bertujuan menarik perhatian penonton Saluran 501 (Saluran Pilihan Raya Anda), pelayar platform digital dan sosial media untuk mendapatkan perspektif berbeza menerusi liputan PRU15 yang disediakan.
Setakat jam 6 petang hari ini, kaji selidik "Anda bertemu YB-YB di kawasan anda?" pada hari ini menunjukkan 66 peratus menyatakan tidak pernah bertemu wakil rakyat tersebut.
Manakala, hanya 29 peratus pernah bertemu YB di kawasan mereka dan selebihnya 5 peratus menjawab tidak tahu.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15 yang akan berlangsung pada November 2022, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Perbincangan yang dilakukan dalam Buletin Astro AWANI disertakan dengan diskusi bersama wakil-wakil parti politik, penganalisis serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Astro AWANI juga menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di semua platform media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Pada Jumaat, Astro AWANI akan mengemukakan soalan baharu. Jangan lupa sertai ya!
Rahimah Abdullah
Fri Oct 21 2022
Mengangkat tema 'Malaysia Memilih' sempena PRU15 yang akan berlangsung pada 19 November 2022, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu. - Gambar fail
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Kejadian tanah runtuh di Genting Highlands
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada awal pagi Jumaat menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Serpihan pisau dikeluarkan daripada tulang belakang Saif Ali Khan
Bintang Bollywood, Saif Ali Khan yang cedera akibat diserang dengan pisau semasa cubaan rompakan di rumahnya di Bandra, Mumbai sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif.
Potensi pelaburan bernilai RM1 bilion
Lawatan kerja pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.
Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.
#SuaraMalaysia: 76 peratus mahu harga barang jadi tumpuan dalam Belanjawan 2024
Menjelang Belanjawan Madani 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini, Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.
#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.
#SuaraMalaysia: Kos barangan makanan terus jadi keresahan utama
85 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi ketika ini.
#SuaraMalaysia: 85 peratus resah dengan kos makanan
Sememangnya situasi ekonomi yang tidak menentu memberi impak langsung terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.
#SuaraMalaysia: 85 peratus pilih peningkatan kos makanan paling meresahkan rakyat
Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.
#SuaraMalaysia: 48 peratus pilih tidak pakai pelitup muka
Kami meneruskan undian #SuaraMalaysia dengan bertanyakan pembaca Astro AWANI sama ada bersetuju atau sebaliknya agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.
#SuaraMalaysia: Majoriti mahu gaji menteri turut dipotong
Adakah hanya Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji? Bagaimana pula dengan jemaah menterinya nanti?
#SuaraMalaysia: Siapa PM ke-10? Keputusan tinjauan Astro AWANI setakat 2 petang
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului dengan undian dengan 56 peratus undi.
#SuaraMalaysia: Esok nak undi siapa? 93 peratus sudah buat keputusan
Kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.