KUALA LUMPUR: Kepimpinan negara yang baharu diharap dapat melakukan pembaharuan dalam kepimpinan tertinggi dengan mempertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Menurut Penganalisis Ekonomi, Datuk Madeline Berma, sekiranya berjaya dilaksanakan, ia dilihat sebagai peluang baik untuk kedua-dua negeri ini membawa agenda pembangunan negeri.
‘’Satu daripada masalah yang besar dalam negara kita, ketidakseimbangan ini masih tidak diselesaikan lagi dan kedua kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah dan Sarawak.
‘’Kalau kita tengok Sarawak, daripada 10 daerah termiskin di Malaysia, tujuh datangnya daripada negeri itu.
‘’Negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar dan juga mempunyai kekayaan negara tetapi di mana silapnya mengapa Sarawak dan Sabah (ketinggalan dalam aspek pembangunan), mengapa tidak kita bereksperimen dan beri peluang.
‘’Mungkin selepas ini (kerajaan baharu) boleh beri peluang dengan menghormati corak politik di Sabah dan Sarawak yang bersifat lebih harmonis dan mengutamakan rundingan,’’ katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
BACA: Pemimpin wanita Sarawak harap PM baharu laksana tanggungjawab dengan baik
BACA: Kerajaan PN sudah lakukan yang terbaik - GPS
Sementara bagi Penganalisis Politik, Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh mengharapkan agar sebarang portfolio yang dipertimbangkan untuk pemimpin dari Sabah dan Sarawak bukan sekadar jawatan yang diberikan bagi meraih sokongan membentuk kerajaan semata-mata.
‘’Sudah tentu dari segi pembangunan Sabah dan Sarawak dan juga tawaran sebagai menteri serta timbalan menteri ini adalah suatu perkara yang perlu difikirkan.
‘’Tidak bolehlah apabila hendak meraih sokongan (membentuk kerajaan) barulah hendak menawar tetapi selepas itu dilupakan isu Sabah dan Sarawak.
‘’Ia merupakan satu perkara yang perlu menjadi penekanan sebagai pemimpin negara,’’ ujarnya.
BACA: Agong perkenan peletakan jawatan, lantik Muhyiddin sebagai 'caretaker' PM - Istana Negara
BACA: '15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan, saya telah hilang majoriti' - Muhyiddin
Kedua-dua mereka berkata demikian sebagai respon selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin sebelum ini mengakui bahawa beliau terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli dewan rakyat susulan penarikan sokongan 15 ahli parlimen UMNO.
Syafik Shukri Jalil
Mon Aug 16 2021

Sekiranya berjaya dilaksanakan, ia dilihat sebagai peluang baik untuk kedua-dua negeri ini membawa agenda pembangunan negeri. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Sudah tiba masanya jawatan TPM diberi kepada pemimpin Sabah, Sarawak - Penganalisis
Kepimpinan negara yang baharu diharap dapat melakukan pembaharuan dalam kepimpinan tertinggi dengan mempertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memiliki 18 kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu boleh menjadi penentu siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tinggalkan Istana Negara, Muhyiddin kembali ke kediaman peribadi
Kenderaan membawa Ahli Parlimen Pagoh itu memasuki perkarangan kediaman peribadi beliau sekitar pukul 1.09 tengah hari.
![[LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker' [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629093367_MuhyiddinYassin.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker'
YDP Agong Al-Sultan Abdullah memberi perkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melantik beliau sebagai PM 'Caretaker'.