MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara Melaka dan dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang sedia ada, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad.
Dalam kenyataan hari ini, Kamel berkata Ahli MMKN yang terlibat akan menjalankan tugas masing-masing kecuali mereka yang telah meletak jawatan.
Pembentukan kerajaan sementara itu adalah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada 4 Okt lepas.
Kamel berkata walaupun Perlembagaan Negeri Melaka tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan sementara, namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir sesebuah negara atau negeri sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.
"Dalam hal ini, kerajaan sementara tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka Bergolak: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - PM
"Bagi maksud itu, kerajaan sementara boleh mengambil tindakan-tindakan iaitu menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk menjalankan kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan jentera kerajaan negeri berfungsi; mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan negeri.
"... Meneruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada iaitu peruntukan kewangan baginya telah disediakan; membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan negeri atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh DUN seperti Belanjawan tahun semasa," katanya.
Kamel berkata selain itu kerajaan sementara boleh mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan negeri.
Dalam kenyataan berasingan, Kamel berkata kerajaan negeri menafikan dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan dan keputusan yang dibuat oleh MMKN memandangkan ia adalah muktamad dan keputusan bersama.
"Merujuk kepada dakwaan khusus bahawa terdapat campur tangan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) dan dakwaan keputusan MMKN perlu dirujuk kepada pihak ketiga sebelum dilaksanakan, pentadbiran kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan tersebut.
"Adalah tidak benar segala keputusan perlu dirujuk kepada pihak ketiga sama ada sebelum, semasa dan selepas mesyuarat," katanya.
Kamel berkata pentadbiran kerajaan negeri Melaka juga memandang serius tohmahan Idris bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih yang memihak kepada satu-satu kaum dalam membuat keputusan, sebaliknya sentiasa mengambil kepentingan semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan negeri Melaka juga ingin memaklumkan bahawa setiap Ahli MMKN telah mengangkat sumpah kerahsiaan 'untuk tidak memberitahu atau tidak menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan MMKN'.
"Dalam hubungan ini kerajaan negeri Melaka sedang meneliti sama ada terdapat pelanggaran ke atas sumpah kerahsiaan tersebut dan sekiranya terdapat pelanggaran, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dari segi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara Melaka dan dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sedia ada, kata Kamel Mohamad. - Gambar fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.

Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.

"Keputusan lepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka hanya kerana desakan hati" - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan langkahnya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.

Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.

Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
PN Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.

Sah! Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini
Pejabat SUK Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat.

Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.