MELAKA: Lapan muka baharu ditampilkan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini.
Mendahului senarai itu, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu memegang portfolio Exco Perancang Ekonomi, Kewangan Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara Datuk Ab Rauf Yusoh pula memegang portfolio Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.
Portfolio Kesihatan dan Anti dadah negeri yang sebelum ini dipegang oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman kini diambil alih oleh wakil rakyat muda, Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga ADUN Merlimau.
Rahmad kemudian dilantik memegang portfolio Exco, Pengangkutan,Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.
ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan manakala portfolio Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan disandang oleh wakil rakyat tertua, Datuk Kalsom Nordin.
Selain itu, ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan dilantik sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan calon tunggal MIC yang juga Adun Gadek VP Shanmugam memegang jawatan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dilantik sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Adun Paya Rumput, Datuk Rais Yasin memegang portfolio Exco Pendidikan dan Teknologi.
Dalam pada itu, Adun Machap Jaya yang juga Adun MCA Ngwe Hee Sem, memegang portfolio Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna.
Sulaiman turut berkata, beliau percaya barisan Exco yang dilantik ini mampu menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan manifesto parti yang bertemanakan Kestabilan Demi Kemakmuran.
“Sudah pasti mereka yang dilantik mampu menggalas tanggungjawab dan menunaikan manifesto serta Aku Janji Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan sebelum ini.
“Tentunya barisan Exco ini juga dapat memastikan semua janji itu dilaksana mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Nov 26 2021
Sulaiman percaya barisan Exco yang dilantik ini mampu menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan manifesto parti yang bertemanakan Kestabilan Demi Kemakmuran. - Gambar fail
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Sulaiman umum senarai 10 Exco Melaka, lapan muka baharu
Lapan muka baharu ditampilkan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini.