Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan pemecatan 5 Exco DAP dan PKR yang diumum beliau semalam mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Jelas beliau, Sultan Selangor telah membalas surat sembah maklum yang disampaikan kepada baginda dalam tempoh 2 jam selepas surat cadangan penamatan khidmat Exco berkenaan dipersembahkan.
"DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan Exco-exco yang terlibat atas nasihat daripada Datuk Menteri Besar secara bertulis." Katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
"Kita berpendapat bahawa 5 Exco tersebut tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, MMKN bagi memantau perjalanan kerajaan negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi."
Abdul Khalid menegaskan kenyataan Exco-exco DAP dan PKR itu jelas bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.
"Saya berharap rakyat Selangor tidak keliru dengan situasi ini kerana penamatan khidmat Exco-exco ini dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada."
Abdul Khalid pada Selasa mengumumkan pemecatan 3 Exco DAP, Datuk Teng Chang Kim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah bersama 2 Exco PKR Elizabeth Wong dan Dr. Daroyah Alwi.
Mengulas mengenai status seorang lagi Exco PKR, Rodziah Ismail, Abdul Khalid berkata beliau akan menemui ADUN Batu Tiga itu selepas beliau pulang dari luar negara.
"Saya akan berbincang dengan beliau dan menentukan sama ada beliau masih bersama pentadbiran saya atau mahu mengikut arahan parti. Nanti bila ada keputusan saya akan maklumkan."
Abdul Khalid pada masa sama berharap rakyat negeri Selangor bertenang kerana kerana pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa dan agenda membela kebajikan untuk rakyat akan terus diutamakan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, MMKN telah bermesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama 4 Exco PAS dan 3 pegawai Ex-Officio."
4 Exco PAS yang hadir mesyuarat hari ini ialah EXCO Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi serta EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Ir Iskandar Abdul Samad.
"Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai 4 anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah."
Harris Hardy Hakim
Wed Aug 13 2014
KHALID: DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan Exco-exco yang terlibat atas nasihat daripada Datuk Menteri Besar secara bertulis.
Mangsa banjir di Sabah menurun, Sarawak tidak berubah
Di Sabah, jumlah mangsa menurun kepada 94 orang berbanding 208 orang pada petang tadi.
Agenda AWANI: Keterjaminan Beras, Keluar Perangkap Kemiskinan
Apa rasional tuntutan golongan pesawah supaya harga lantai padi daripada RM1,300 per tan dinaikkan kepada RM1,800? Apa makna di sebalik cadangan ‘liberalisasi terpimpin’ industri beras negara? Diskusi 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah Yeoh kemuka bantahan awal keterangan 4 saksi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [3/2/2025] – Pertemuan Suara Rakyat | Kadar Bakal Ditetapkan | Siasatan Bukit Aman | 44 Tuduhan Caj Haram
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Agong titah, Parlimen bukan tempat maki hamun
- Tidak boleh elak kenaikan tarif elektrik , PM nafi kenaikan 14 peratus
- APMM tembak warga Indonesia, siasatan seludup senjata dan pendatang asing
- 30 pegawai Imigresen Indonesia dipecat, Kedutaan China buat laporan caj haram
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Agong titah, Parlimen bukan tempat maki hamun
- Tidak boleh elak kenaikan tarif elektrik , PM nafi kenaikan 14 peratus
- APMM tembak warga Indonesia, siasatan seludup senjata dan pendatang asing
- 30 pegawai Imigresen Indonesia dipecat, Kedutaan China buat laporan caj haram
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
AWANI Borneo [3/2/2025] – Titah Agong | Kisah Hidup Wan Junaidi
Tumpuan AWANI Borneo 3 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
- JPBN Sarawak menilai kos baikpulih kerosakan infrastruktur akibat banjir
- Parlimen bukan tempat bertegang urat, tabur fitnah - Agong
- 'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' dedah keperibadian Tun Wan Junaidi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- JPBN Sarawak menilai kos baikpulih kerosakan infrastruktur akibat banjir
- Parlimen bukan tempat bertegang urat, tabur fitnah - Agong
- 'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' dedah keperibadian Tun Wan Junaidi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
#AWANIRingkas 3 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 3 Februari 2025
1️⃣ Suami isteri ditahan dipercayai dera anak
2️⃣ Lebih 800 kes kesihatan dikesan di PPS
3️⃣ Hannah Yeoh kemuka bantahan awal keterangan 4 saksi
#awaniringkas
1️⃣ Suami isteri ditahan dipercayai dera anak
2️⃣ Lebih 800 kes kesihatan dikesan di PPS
3️⃣ Hannah Yeoh kemuka bantahan awal keterangan 4 saksi
#awaniringkas
Agenda AWANI: Keterjaminan Beras, Keluar Perangkap Kemiskinan
Apa rasional tuntutan golongan pesawah supaya harga lantai padi daripada RM1,300 per tan dinaikkan kepada RM1,800? Apa makna di sebalik cadangan ‘liberalisasi terpimpin’ industri beras negara? Diskusi 9 malam
[TERKINI] SPRM sahkan tiga selebriti dipanggil minggu ini
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Tentera Israel bom bangunan di kem pelarian Tebing Barat
Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran selama hampir dua minggu, atas alasan menyasarkan pejuang Palestin dan bertujuan merampas simpanan senjata mereka.
Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.