IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa parti politik di negeri Perak untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawab Sultan Nazrin untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.
“Segala pandangan itu didengari, tetapi bukan tanggungjawab untuk Sultan campur tangan dalam urusan parti masing-masing.
“Sultan hanya boleh menasihatkan cari formula terbaik untuk tubuhkan kerajaan dan pimpinan baharu di negeri Perak,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan bahawa Sultan Nazrin turut berkenaan menerima menghadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 10 pagi esok di Istana Kinta.
Ditanya berkenaan calon Menteri Besar yang baharu, Annuar berkata ia masih lagi dalam rundingan di peringkat parti.
“Kita difahamkan, mereka masih dalam rundingan. UMNO akan adakan mesyuarat perhubungan khas parti malam ini.
“Tanya ‘orang parti’, ia tidak libatkan istana, tanya pemimpin UMNO. Saya hanya maklumkan apa yang berlaku,” katanya.
LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi hari ini?
Annuar pada masa sama tidak memperincikan gabungan parti yang mempunyai majoriti dalam membentuk Kerjaaan Negeri Perak yang baharu.
“Saya hanya melaporkan apa yang mereka sembah maklum, tentang pendirian yang mereka pegang dan usaha mereka laksanakan sekarang.
“Saya hanya melaporkan apa yang merek sembahakan, kemajuan yag mereka capai,” jelasnya.
Beliau memberi reaksi itu selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; selain Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohammad selesai menghadap Sultan Nazrin pagi tadi.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Dec 05 2020

Annuar mengesahkan bahawa Sultan Nazrin turut berkenaan menerima menghadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 10 pagi esok di Istana Kinta. - Foto Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.