KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendesak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima 'surat peletakan jawatan' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua mendakwa, peguam Warisan mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan jika meninggalkan parti.
"Dalam surat bertarikh 10 September 2020 yang ditujukan kepada peguamnya, Hassan menyuruh mereka untuk menulis tarikh dan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker DUN dan Yang di-Pertua Negeri, sekiranya beliau, antara lain, menyatakan dirinya sebagai Bebas sebelum atau selepas mengangkat sumpah sebagai Adun.
"Para peguam telah melaksanakan arahan tersebut susulan pengumuman beliau sebagai Adun bebas pada 25 Februari lalu dan surat peletakan jawatannya yang bertarikh 26 Februari 2021 telah diserahkan kepada Speaker Datuk Kadzim M Yahya, kelmarin," katanya.
BACA: Warisan serah 'surat peletakan jawatan' Adun Sebatik kepada Speaker DUN esok - Shafie Apdal
BACA: Speaker Dun Sabah sahkan Adun Sebatik kekal bebas, tiada kekosongan kerusi
Hari ini, Kadzim dilaporkan berkata, Hassan A Gani kekal sebagai wakil rakyat dan bebas menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mengikut undang-undang, apa-apa peletakan jawatan yang ditandatangani lebih awal dan tidak bertarikh adalah terbatal.
Sebelum ini, selain 'surat peletakan jawatan' itu, Warisan turut mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada Warisan, dengan menyatakan bahawa beliau akan kekal bersama parti itu sehingga tamat penggal.
Parti itu mendakwa, rakaman video berkenaan dibuat tahun lalu, ketika beliau dinamakan sebagai calon Warisan di Sebatik bagi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Mar 03 2021
!['Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang 'Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614766453_HassanAGaniPgAmi.jpg)
Speaker DUN memutuskan Hassan A Gani kekal sebagai wakil rakyat dan bebas menyokong kerajaan GRS. - Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647852090_BreakingNews.jpg)
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Bumbung pusat dialisis hospital lati runtuh
Bumbung pusat dialisis Hospital Lati, Pasir Mas, runtuh secara tiba-tiba tengah malam tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Siasatan awal diserahkan kepada JKR untuk tindakan lanjut.
Pembantu kanan Trump pertahan cadangan Gaza
Pembantu kanan Presiden Donald Trump mempertahankan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan membenarkan Amerika Syarikat mengambil alih wilayah yang musnah akibat perang.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menegaskan perlunya penyelesaian kekal yang menghormati hak serta kedaulatan mereka.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![Gagal 'letak jawatan' selepas keluar parti: Warisan saman ADUN Sebatik Gagal 'letak jawatan' selepas keluar parti: Warisan saman ADUN Sebatik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617813213_HassanAGaniPgAmi.jpg)
Gagal 'letak jawatan' selepas keluar parti: Warisan saman ADUN Sebatik
Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr sebagai plaintif bagi pihak parti tersebut.
![Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526024430_HamisaMuis.jpg)
Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.