JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor mendesak Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta maaf secara terbuka kepada UMNO dan BN atas tuduhan melulunya terhadap parti serta gabungan itu susulan ceramahnya di Muar, Ahad lepas.
Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Syed Saddiq tanpa usul periksa, bukti dan saksi telah membuat fitnah dengan menuduh UMNO dan BN mencetuskan kekecohan pada ceramah tersebut.
"Saya mengamati secara teliti apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq dalam sebuah video yang tular semalam.
"Selaku Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melampau Syed Saddiq yang seolah-olah ingin memberikan imej buruk kepada UMNO dan BN," kata Onn Hafiz menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
Menteri Besar Johor itu berkata Syed Saddiq perlu meminta maaf dan bertanggungjawab atas tuduhan melulu dan provokasi yang bertujuan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap UMNO dan BN.
"Hentikan politik tidak matang! Saya mendesak beliau (Syed Saddiq) untuk meminta maaf kepada orang UMNO dan BN secara terbuka dengan kadar yang segera," katanya.
Kekecohan berlaku apabila kira-kira 30 individu tidak dikenali muncul pada program Ceramah Mega Muar anjuran MUDA yang dipercayai mencemuh dan melakukan kekecohan hampir tiga minit ketika Syed Saddiq menyampaikan ucapan.
Kumpulan individu berkenaan didakwa menjerit 'penipu' ketika Syed Saddiq bercakap mengenai bantuan yang disalurkannya sebelum ini sehingga ceramahnya terganggu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Onn Hafiz (kiri) berkata, selaku Pengarah Operasi PRU BN Johor, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Saddiq (kanan) yang disifatkannya melampau. - Gambar fail
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
#AWANIRingkas 29 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Januari 2025
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
Bomba Lahad Datu selamatkan mangsa terperangkap banjir
Hujan beterusan sejak pagi semalam juga menyebabkan beberapa kawasan di timur Sabah dinaiki air termasuk di kawasan perkampungan.
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.
GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.
MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.