SHAH ALAM: Ketaasuban dan fanatik sesetengah penyokong parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu didakwa menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ia menjadi satu fenomena yang mana tiada apa yang boleh mengubah persepsi dan keputusan penyokong tersebut meskipun untuk perubahan demi kebaikan rakyat negeri tersebut.
"Kami, UMNO menginsafi dan menghormati mandat serta keputusan rakyat. Apa yang penting tanggungjawab kita bersama-sama memikirkan yang terbaik untuk negara.
"Tetapi apa jua yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang mana saya sendiri menyertai kempen pilihan raya di sana berdepan dengan satu situasi ketaasuban melampau dan fanatik.
"Walau bagaimana kita cuba berkempen di Terengganu untuk atasi soal pengangguran dan mahu pastikan urus tadbir diuruskan orang yang betul, apabila berdepan dengan fenomena itu, pada pemerhatian saya memang tiada ada apa yang boleh dibuat dan akhirnya diterjemah dalam bentuk keputusan pilihan raya (kekalahan)," katanya.
Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri ke-409 bertajuk: Pelan Berdamai: Realiti atau Mimpi politik yang dihoskan oleh Ismail Adnan.
Program itu turut menampilkan panel lain iaitu Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzri Helmi Azhar.
Bagaimanapun, menurut Noor Azleen, BN dan UMNO tidak akan berputus asa dan percaya di masa akan datang rakyat akan sedar bahawa pentingnya kemajuan dalam sesebuah negeri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
Noor Azleen berkata, BN dan UMNO tidak akan berputus asa dan percaya di masa akan datang rakyat akan sedar bahawa pentingnya kemajuan dalam sesebuah negeri. - Foto Sinar Harian
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.
Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.
Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.