JOHOR BAHRU: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mendedahkan sudah menerima pelbagai cadangan pembaikan sektor kesihatan tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan memegang jawatan itu pada Jumaat malam.
Ahli Parlimen Sekijang itu menyifatkan perkembangan tersebut sebagai petanda baik bahawa rakyat memberi perhatian besar kepada perkhidmatan kesihatan yang menjadi keperluan asas kepada semua golongan.
Menurutnya, antara isu yang perlu diberi perhatian semula seperti penempatan doktor-doktor siswazah, hala tuju pakar-pakar yang seimbang, isu perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan rakyat.
"Ini termasuk isu golongan marginal, isu infrastruktur dan pelbagai keperluan kesihatan dan hospital, isu kesihatan mental, isu perbekalan ubat-ubatan dan lain-lain harus diberi perhatian kembali.
"Sudah pasti keutamaan terdekat adalah meneliti persiapan Belanjawan 2023 yang akan dibentang dalam sidang Parlimen bermula pada 19 Disember 2022 nanti.
"Mudah-mudahan sektor kesihatan akan diberikan peruntukan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Seramai 28 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dekat sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan amat penting kerana menjadi fokus utama rakyat khususnya pada era pascapandemik COVID-19.
Katanya, pengalaman, kepakaran dan kecekalan penjawat awam dan pakar-pakar pengamal perubatan sudah pasti amat diharapkan agar sektor kesihatan di negara ini mampu menyaingi perkhidmatan di negara maju yang lain.
Beliau menyifatkan lantikannya sebagai satu amanah yang besar selain menganggapnya amat dekat dengan dirinya.
"Memegang portfolio kesihatan adalah sesuatu yang dekat di hati saya. Alhamdulillah, Perdana Menteri ke-10 telah mendengar luahan akar umbi dan rakyat agar portfolio ini disandang oleh seorang pengamal perubatan dan perkara ini telah pun ditunaikan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 03 2022

Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan amat penting kerana menjadi fokus utama rakyat khususnya pada era pascapandemik COVID-19.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.