IPOH: Kerajaan Negeri Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Razman Zakaria membabit Tanah Rizab Melayu di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata malah badan berkenaan pernah menjalankan siasatan berhubung isu sama beberapa kali sebelum ini.
Jelasnya lagi, siasatan oleh SPRM itu juga turut melibatkan beberapa dokumen terlibat yang diambil daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.
“Dalam pengetahuan saya beberapa laporan SPRM telah dibuat sebelum ini dan SPRM telah pun masuk ke PTG dan mengambil fail-fail yang berkaitan.
“Jadi kalau ada laporan baharu dibuat oleh ketua pembangkang (Razman), maka terpulanglah kepada SPRM (untuk menjalankan siasatan).
“Ini kerana kita tak ada masalah dan tidak ada ada apa yang hendak kita sembunyikan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Pada majlis itu, Kerajaan Negeri Perak menerima sumbangan 400 ekor lembu yang bernilai RM2.92 juta daripada lima GLC untuk diagihkan ke seluruh negeri bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Antara GLC tersebut ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan tindakan Razman yang membuat laporan kepada SPRM Perak berkaitan isu pengurusan Tanah Rizab Melayu di negeri itu, pada Rabu.
Isu berkenaan membabitkan Tanah Rizab Melayu yang dipercayai dipecah kepada 317 lot dan dijual kepada pihak bukan Melayu dengan harga RM412,800 bagi satu lot di Sitiawan.
Mengulas lanjut, Saarani menegaskan sekali lagi laporan dibuat terhadap kerajaan berhubung perkara itu bukan kali pertama selain berharap semua pihak akan menerima sepenuhnya hasil siasatan SPRM.
“Saya hendak ingatkan bahawa ini bukan kali pertama laporan dibuat (kepada SPRM), sudah berkali-kali (laporan dibuat).
“Dan saya percaya SPRM pun akan melayannya sama sepertimana sebelum ini. Cuma saya harap kepada mereka yang buat laporan kena percaya sepenuhnya kepada (siasatan) SPRM,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Jun 07 2023
![Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686120169_MenteriBesarPerak.jpg)
Saarani bercakap kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732373205_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.
![Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718014611_TBSaaraniMohamad.jpg)
Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sedia memberikan kerjasama kepada SPRM sekiranya dipanggil berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu.
![Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717937962_AzamBaki.jpg)
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
![Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716964917_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
![Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709191759_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
![Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707799686_drZalihaMustafa.jpg)
Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.
![Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686120169_MenteriBesarPerak.jpg)
Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.
![Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686118667_TanahRizabMelayu.jpg)
Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.
![MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683352712_SaaraniMohamad.jpg)
MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial.
![Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681284235_SUKSelangor.jpg)
Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.