KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berikrar memastikan Malaysia terus menjadi destinasi penting dalam pelaburan selain menjadikan negara ini berdaya saing bagi pelabur.
"Saya percaya tugas ini telah menjadi tugas besar, namun pada masa hadapan, kita perlu memastikan Malaysia terus meraih momentum bagi memastikan kita menarik pelaburan utama, terutamanya dalam bidang yang memberikan nilai kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu buat kali pertama sebagai menteri pada 6.07 petang di Menara MITI hari ini.
Terdahulu, beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bersama-sama dua Timbalan Perdana Menteri dan 24 menteri Kabinet di Istana Negara.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Tengku Zafrul berkata Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang kukuh selama empat suku.
"Dengan berkembang pada masa hadapan, kita perlu memastikan bahawa momentum ini berlanjutan dan saya berharap peranan saya di MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dengan sokongan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), barisan Kabinet dan rakan sekerja, kita dapat memastikan Malaysia mampu mengharungi 2023 dengan baik," katanya.
Mengenai gesaan sesetengah pihak agar mengkaji semula pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Tengku Zafrul berkata beliau akan mengadakan perbincangan di peringkat Kabinet sebaik sahaja menerima taklimat daripada pegawai kementerian.
"Saya masih belum dapat taklimat secara menyeluruh. Masih awal untuk saya komen," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bekas menteri MITI Tan Sri Rafidah Aziz berhubung pelantikannya, Tengku Zafrul berkata pelantikan itu adalah prerogratif perdana menteri, justeru, tumpuan terarah kepada memastikan peranan beliau sebagai menteri MITI untuk membantu negara.
Bekas menteri kewangan itu dilantik sebagai Menteri MITI di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri ketiga yang menamakan beliau dalam barisan Kabinet selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Tengku Zafrul berkata Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang kukuh selama empat suku. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.

Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.

Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.

Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.

Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.

Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.