KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu masih mempertimbang untuk mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi menggerakkan sistem semak dan imbang pentadbiran negeri dengan lebih efektif.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan meneliti perkara itu berdasarkan keperluan sebagaimana dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.
"Kita masih pertimbang (ADUN lantikan) dan tidak tolak perkara ini. Kita akan lihat keperluannya dalam masa terdekat.
"Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu maksimum lantikan empat orang dan kena ada syarat-syaratnya. Jadi sama ada satu, dua, tiga atau empat kita akan tengok nanti," katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata walaupun tanpa pembangkang, rakyat Terengganu boleh memainkan peranan sebagai penggerak sistem semak dan imbang dengan menyalurkan pelbagai kritikan, aduan dan ulasan berkaitan pentadbiran negeri melalui media baharu.
Menurut Ahmad Samsuri, semua agensi dan jabatan kerajaan mempunyai laman web, portal dan media sosial tersendiri yang berperanan sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dan masyarakat.
Justeru katanya, setiap rakyat bebas mengutarakan pandangan serta kritikan tanpa rasa takut dan segala teguran akan diteliti untuk tindakan serta diperbaiki.
"Cara ini lebih segmentize kerana rakyat boleh menyalurkan aduan dan komen terus kepada agensi yang terlibat," katanya.
Persidangan DUN Terengganu minggu lepas berlangsung tanpa wakil pembangkang selepas PAS memenangi kesemua 32 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Ahmad Samsuri berkata pihaknya akan meneliti perkara itu berdasarkan keperluan sebagaimana dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu. - Gambar fail
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie
Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.