Sekalipun usaha untuk mengasaskan parti politik khusus untuk golongan muda menerima maklum balas negatif daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih berlapang dada dan menghargai pandangan mentornya itu.
"Terima kasih Tun. Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka," kata Ahli Parlimen Muar itu di Twitter peribadinya.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dalam sidang media pada pagi ini berpendapat, tindakan Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan untuk menubuhkan parti politik baharu tidak akan berjaya.
Ini kerana, kata bekas Perdana Menteri itu, model parti politik baharu itu tidak sesuai.
Menurut Dr Mahathir, meskipun peratusan orang muda dalam pengundian adalah besar, namun ia masih belum mencukupi untuk mereka memenangi sesebuah kawasan.
“Dalam mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.
“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tetapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukannya sendiri.
“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), dan kini, dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.
BACA: Parti Syed Saddiq tidak akan berjaya - Dr Mahathir
Syed Saddiq selama ini dikenali sebagai penyokong Dr Mahathir
Ahli politik yang bakal berusia 28 tahun pada Disember ini pernah menyertai kem Dr Mahathir dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mana beliau merupakan Ketua Pemuda parti itu.
Bersatu merupakan sebahagian daripada gagasan Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan Persekutuan selama 22 bulan.
Selepas kerajaan PH runtuh, Dr Mahathir, Syed Saddiq serta pemimpin-pemimpin lain digugurkan daripada Bersatu.
Dr Mahathir bersama pemimpin-pemimpin yang digugurkan kemudiannya menubuhkan parti Pejuang, sementara Syed Saddiq memilih untuk mengasaskan parti politik untuk golongan muda.
Dalam reaksi yang sama, Syed Saddiq berkata, parti baharu yang akan diasaskannya itu kelak adalah untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, petani moden, pemimpin persatuan sivil dan lain-lain.
"Kami mungkin muda tetapi kami menyayangi Malaysia," kata Syed Saddiq lagi.
Astro Awani
Thu Sep 03 2020

Kata Syed Saddiq, pihaknya menerima kritikan dengan hati yang terbuka. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.