Masih terlalu awal untuk menilai calon Pakatan Harapan, Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai ‘game changer’ bagi menarik undi pada PRU14.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Nik Omar tidak terkenal sebelum ini, jadi untuk mengatakannya mampu memberi impak tinggi, itu masih belum lagi.
“Yang jelas, landskap politik di Kelantan dan Malaysia menjadi lebih menarik kerana beliau anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga abang kepada Nik Abduh.
"Nik Abduh lebih terkenal, apatah lagi kontroversi tular rakaman suaranya sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, apa yang jelas adalah Nik Abduh masih setia bersama Pas, tetapi bukan Nik Omar.
TONTON: [WAWANCARA EKSKLUSIF] bersama calon DUN Chempaka Nik Omar Nik Aziz
Bagaimanapun katanya, ia mungkin satu suntikan semangat kepada Harapan, selain faktor Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan mempengaruhi penyokong Pas, khususnya.
“Adakah penyokong Pas akan beralih arah? Jangan terlalu optimistik. Nik Omar masih baru dalam politik nasional. Di Kelantan mungkin ada impak tetapi di peringkat nasional mungkin tidak,” katanya.
Sementara itu, Mantan Profesor Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pengaruh Nik Omar mampu memberi impak positif kepada Harapan untuk pengundi di Kelantan.
Katanya, impak ini turut mampu menarik pengundi atas pagar sebagai ‘nasi tambah’ untuk Harapan.
“Bagaimanapun, kemunculannya (Nik Omar) dalam Harapan secara mendadak dan ‘last minute’ iaitu 10 hari menjelang PRU14, kesannya tidak terlalu besar seperi yang dijanga sesetengah pihak.
“Namun, di Kelantan itu adalah positif yang baik untuk parti pembangkang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, Nik Omar ini mampu memberi sokongan dan semangat kepada orang muda Pas dan Amanah untuk mengimbangi pengaruh dengan Pas.
Katanya, ribuan penyokong Harapan dalam perhimpunan di Putrajaya kelmarin dilihat banyak dipengaruhi kehadiran Nik Omar selain Mahathir.
“Sepatutnya beliau (Nik Omar) ini muncul setahun lalu, bukan apa, mungkin banyak perkara boleh dibuat. Tetapi ia bergantung kepada kempen di minit-minit akhir,” katanya.
Kelmarin, lebih 3,000 orang membanjiri kawasan tempat letak kereta di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menghadiri Ceramah Kebangkitan Rakyat yang menampilkan dua pemimpin ‘panas’ sepanjang kempen PRU14 iaitu Mahathir dan Nik Omar.
Sinar Harian
Sat May 05 2018

Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Nik Omar tidak terkenal sebelum ini, jadi untuk mengatakannya mampu memberi impak tinggi, itu masih belum lagi. - Foto Astro AWANI/Marlina Manaf

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

'Game changer' ke Putrajaya - Ahmad Samsuri
Kemenangan Pas dengan majoriti besar pada PRK Kemaman sebagai 'game changer' kepada Perikatan Nasional menuju Putrajaya, kata Ahmad Samsuri.

Penjawat awam 'game changer' dalam pembinaan negara
Penjawat awam berperanan sebagai ejen perubahan yang efektif dan merupakan 'game changer' atau pengubah keadaan dalam pembinaan sesebuah negara.

PRN Melaka: Jika menang, PN bakal jadi 'game changer' di Melaka - Hamzah
Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, calon-calon yang diketengahkan gabungan itu adalah tawaran terbaik buat rakyat Melaka yang inginkan politik lebih segar.

Terlalu awal nilai Nik Omar 'game changer'
Masih terlalu awal untuk menilai calon Pakatan Harapan, Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai 'game changer' bagi menarik undi pada PRU14.