KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai gagal, sepatutnya berpolitik ke arah pembangunan negara dengan memberikan pandangan konstruktif dan bukan berbentuk negatif.
"Saya hormati Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang telah banyak menyumbang kepada negara dan berharap beliau terus membantu kita.
"Sekarang rakyat Malaysia memerlukan kita bersatu padu, kita tidak mampu untuk berpolitik lagi, kalau terlalu banyak politik akan menyebabkan kita ketinggalan dari negara-negara lain dan di rantau Asia," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran dan minum petang bersama Persatuan Penduduk Kampung Datu Sibu di sini hari ini.
Fadillah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan gagal membawa sebarang perubahan besar kepada rakyat selain menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa kesan untuk negara.
Menteri Perladangan dan Komoditi itu juga berkata ketika ini adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara dengan menggalakkan lebih ramai pelabur luar datang ke Malaysia.
"Jangan memberikan komen yang boleh menjejaskan negara kita dari sudut ekonomi serta pandangan dunia. Kini sudah banyak pelabur baharu datang ke negara kita disebabkan perpaduan dan kestabilan politik," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Amazon Web Services akan melabur sebanyak RM25.5 bilion bagi memperkukuh industri teknologi maklumat dan komunikasi serta menyokong perkembangan perniagaan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.' - Gambar fail/BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.