ALOR SETAR:Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) belum menerima sebarang cadangan daripada mana-mana ketua parti dalam gabungan itu untuk menukar Ketua Pembangkang yang disandang beliau ketika ini kepada pemimpin lain.
Menurut Anwar, isu pertukaran Ketua Pembangkang yang timbul baru-baru ini hanya disuarakan oleh segelintir golongan yang mahu melihat kepincangan dalam kem PH.
Bahkan, tegas Presiden PKR itu, beliau juga secara peribadi tiada sebarang masalah dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menjelaskan, desakan yang timbul itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH dalam waktu terdekat.
“Ini (cadangan pertukaran Ketua Pembangkang) termasuk PH belum ada yang mencadangkan, (kalau) ada perubahan walau bagaimanapun saya kata boleh kita bincang dalam mesyuarat,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Bersama Pimpinan Keadilan Negeri Kedah, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul dan Ketua Cabang dari seluruh negeri.
Kemelut pertukaran Ketua Pembangkang timbul selepas Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Marzuki Yahya dan Mohd Shafie menyarankan supaya parti pembangkang membentuk satu gabungan besar.
Menurut mereka, kerjasama itu penting untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan sebaik penularan wabak COVID-19 dalam negara reda.
Nama Shafie pula disebut-sebut sebagai calon yang berkelayakan untuk memimpin gabungan besar baharu pembangkang.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu didakwa memiliki kriteria untuk memimpin gabungan terbabit jika semua parti pembangkang berhasrat mengadakan kerjasama baharu untuk menghadapi (PRU15).
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 24 2020
![Tiada cadangan untuk ganti Ketua Pembangkang - Anwar Ibrahim Tiada cadangan untuk ganti Ketua Pembangkang - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608803564_AnwarIbrahim.jpg)
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, desakan berhubung pertukaran jawatan Ketua Pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam waktu terdekat. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714751562_TBRAHULGANDHI.jpg)
Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India
Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India.
![ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700968667_TBBauWong.jpg)
ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.
![Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663150303_AzminAli.jpg)
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
![Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694496536_TBHamzahZainudin.jpg)
Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah
Ia merupakan pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara dan membuktikan kebolehan PN menguruskan ekonomi negara.
![ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693213916_Politik.jpg)
ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
![Banyak fitnah ditaburkan kepada saya - Hamzah Banyak fitnah ditaburkan kepada saya - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618221007_DatukSeriHamzahZ.jpg)
"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah
Ketua Pembangkang enggan layan laporan kediamannya diserbu LHDN, tegas akan ambil tindakan pada pihak yang memfitnah.
![Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678676043_ZamriYusuf.jpg)
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
!['Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah 'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673168416_TBHAMZAHUMNOSABAH.jpg)
'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas.
![Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671511938_AnwarIbrahim.jpg)
Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok pembangkang perlu menerima hakikat dan memberi ruang kepada beliau untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri.
![Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671199640_HamzahZainuddinRa.jpg)
Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang
Kegagalan berbuat demikian, kata Hamzah, dikhuatiri meletakkan kedudukan Malaysia dalam imej tercemar ekoran berita-berita dari luar negara.