BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat, tiada faktor untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan ketika ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Menurut beliau, tiada faktor untuk bubar melainkan jika Menteri Besar, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor dan Pas merasakan rakyat telah menolak pentadbiran kerajaan negeri itu.
Katanya, mengikut Undang-undang Tubuh sesebuah negeri, seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri akan menasihati Raja Memerintah sama ada sesebuah DUN perlu dibubarkan untuk mengadakan PRN.
“Saya tak nampak ada faktor untuk DUN (Kedah) dibubarkan kecuali Menteri Besar dan partinya merasakan rakyat telah menolak pentadbirannya, maka, itu adalah merupakan perkiraan kepada parti berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi kediaman rakannya, Beh Song Wan sempena Tahun Baharu Cina di Hutan Melintang, dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas khabar angin kononnya terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah akan menarik sokongan daripada kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengulangi bahawa mereka akan bertanding secara solo dalam PRN Johor, seperti yang diambil pada PRN Melaka.
Menurutnya, parti-parti komponen BN yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC akan memperkasakan gerak kerja serta jentera di samping meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN di Johor.
"Strategi BN bertanding dengan mengambil kira bahawa trend sokongan telah datang semula kepada BN.
"Untuk itu sebagai mana yang berlaku dalam PRN Melaka, acuan yang sama kita akan gunakan dalam PRN Johor," ujarnya.
Mengenai rundingan untuk kerjasama dengan Pas dalam PRN Johor, Ahmad Zahid berkata, beliau masih belum dimaklumkan hasil perbincangan antara Pengerusi BN Johor dan Pesuruhjaya Pas negeri itu.
"Saya merasakan Johor adalah medan untuk menguji sejauh mana BN diterima semula oleh pengundi dan ia adalah medan ujian untuk melihat tahap sokongan pengundi-pengundi pertama kali, terutama pengundi 18 tahun dan pengundi yang didaftarkan secara automatik,” tambahnya.
Menurut Ahmad Zahid, BN harus dominan semula di Johor kerana parti itu dilahirkan di Istana Besar Johor Bahru dan ia akan menjadi asas yang akan digunakan parti itu dalam PRN Johor.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 02 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat, tiada faktor untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan ketika ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. - Gambar fail/BERNAMA
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

DUN Kedah lulus RUU masukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Persidangan DUN Kedah meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah.

Belanjawan 2024: Kerajaan Kedah peruntuk RM1.241 bilion
Kerajaan Kedah membentangkan Belanjawan Negeri 2024 melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1.241 bilion.

ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.

PRN: PH-BN optimis tawan 19 kerusi DUN Kedah - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.

Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun
Sanusi mengesahkan bahawa akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, 25 Jun depan.

PRN: Sanusi sahkan DUN Kedah dibubar minggu keempat Jun
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan.

DUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti
DUN Kedah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

PRN Kedah: PN mampu menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa parti itu berkemampuan untuk memenangi 33 kerusi DUN didalam Pilihanraya Negeri