KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan tiada kem tertentu wujud dalam UMNO seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin tiada perpecahan yang berlaku dan yang ada kini hanya apa yang disebut sebagai pasukan UMNO.
"Hanya ada satu iaitu pasukan UMNO. Tidak ada kem presiden atau yang lain-lain. Presiden juga pernah menyebut dan saya sendiri pernah dengar banyak kali ketika pengenalan nama-nama calon tidak ada sebarang kem dalam UMNO.
"Itu juga kebaikan kita tidak ada pertandingan peringkat tertinggi, presiden dan timbalan. Kalau ada pertandingan presiden dan timbalan presiden, mesti ada kem A, kem B dan sebagainya.
"Apabila UMNO berada dalam waktu sukar, kita tak boleh dilihat parti yang berpecah belah," katanya ketika ditemui media selepas majlis Program Amal Pertubuhan Kebajikan Isnaniah Srikandi Malaysia, pada Ahad.
Ahmad yang baru-baru ini memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Hasni Mohammad, menyeru semua ahli UMNO termasuk yang kalah dalam proses Pemilihan UMNO supaya terus matang bagi menghadapi cabaran parti pada masa akan datang.
Beliau juga menegaskan, 'pembersihan' yang dilakukan UMNO dengan memecat serta menggantung beberapa inidividu, berpunca daripada kesalahan yang dilakukan, dan bukan kerana mahu menyingkirkan persaingan.
"Saya merujuk kepada dua kesalahan tanpa menyebut sesiapa, orang sudah tahu. Mana boleh memburukkan parti ketika dua minggu kempen pilihan raya umum, sebut parti begitu dan begini, masuk dalam media sosial, masuk media cetak dan sebagainya.
"Dalam masa dua minggu perang itu, dia tembak parti sendiri. Itu satu masalah disiplin.
"Satu lagi apabila sudah sign satu agreement yang tebal yang antara kandungannya menyerahkan kepada Presiden dan pengerusi BN bagi merundingkan bentuk kerajaan selepas PRU15, semua sudah tandatangan tetapi ada yang nak buat ikut pintu belakang itu.
"Ini tidak ada kaitan dengan sesiapa nak (bersaing), ini adalah masalah disiplin ketika pilihan raya umum," tegasnya lagi.
Madiha Abdullah
Sun Mar 19 2023

Ahmad berkata beliau dan Ahmad Zahid yakin tiada perpecahan yang berlaku dan yang ada kini hanyalah pasukan UMNO. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.

Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.

AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.

AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.