KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu tidak membantu dalam usaha memulihkan kedudukan parti ketika ini.
“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal. Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh. Ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan UMNO, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi,” katanya.
BACA: Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
BACA: Bekas pemimpin UMNO dipecat tak minat sertai PAU
Tambah beliau, bekas ahli UMNO tidak berdepan sebarang kerugian memandangkan parti sudah menetapkan hukuman malah parti itu yang sepatutnya terkesan dengan tindakan sinikal berkenaan.
Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan UMNO sentiasa membuka pintu kepada bekas ahlinya untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) walaupun bukan sebagai perwakilan dan mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.
UMNO sebelum ini memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar daripada UMNO kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain selama enam tahun seperti Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
Faida Rahim
Mon Jun 05 2023

Hishammuddin berkata, pelawaan Ahmad Zahid itu tidak membantu dalam usaha memulihkan kedudukan parti ketika ini. - Gambar FB Hishammuddin Hussein

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Proses libatkan pengampunan pesalah perlu dipatuhi - Fahmi
Sebarang proses melibatkan pengampunan terhadap pesalah perlu dipatuhi oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

PAU 2024: Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti - Presiden UMNO
Ahmad Zahid berkata parti itu perlu terus muhasabah diri atau self-criticism, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.

PAU 2024: 72 bahagian bawa usul minta UMNO terus perjuang keadilan, pengampunan penuh buat Najib
Daripada 171 usul diterima, 72 daripadanya menuntut keadilan dan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.

Puteri UMNO perlu berevolusi sesuai perubahan zaman - Nurul Amal
Anggota Puteri UMNO perlu terus aktif, berevolusi sesuai dengan perubahan zaman, pantas beradaptasi dan berfikir di luar lingkungan kebiasaan.

PENTalk jadi platform pimpinan UMNO kongsi kejayaan, idea - Azalina
Pencapaian kementerian dan negeri diterajui pemimpin UMNO menjadi antara inti pati pembentangan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian bagi membuka tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

Belum ada petunjuk jelas orang Melayu kembali sokong UMNO - Mohamad
Beliau berkata, meskipun melakar kejayaan pada PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri, ia bukan tanda aras bagi pemulihan sepenuhnya UMNO.

Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.

Kejayaan kementerian, kerajaan negeri diterajui UMNO jadi 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024
Pencapaian kementerian dan negeri yang diterajui pemimpin UMNO dibentangkan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian sebagai 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula hari ini.