SHAH ALAM: Tiada sebarang klausa atau peruntukan dalam Perlembagaan UMNO yang membolehkan seseorang presiden itu digugurkan daripada jawatan.
Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pemecatan presiden hanya boleh dibuat melalui dua cara iaitu mesyuarat agung luar biasa (EGM) atau meletakkan jawatan.
Menurut beliau, tiada jalan lain sekiranya mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri sebagai presiden.
“Ahmad Zahid akan turun jawatan sekiranya tidak mendapat sokongan dua per tiga perwakilan.
"Jadi, masa ini (EGM) perwakilan perlu lawan dan pilih siapa yang layak menerajui parti.
“Tidak perlulah keluarkan sebarang kenyataan, tunggu sahaja mesyuarat perwakilan,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Pemimpin-pemimpin UMNO mula mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti itu susulan prestasi hambar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Antara pemimpin itu adalah bekas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Pengerusi BN Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin.
PRU15 menyaksikan BN mencatat prestasi terburuknya apabila hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen daripada 178 kerusi yang ditandingi wakil gabungan itu.
Ia jauh lebih teruk berbanding PRU14 apabila dalam pilihan raya yang diadakan pada 2018 itu menyaksikan gabungan itu menang di 54 kerusi Parlimen. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 22 2022

Penganalisis politik berpendapat Ahmad Zahid (duduk, tengah) hanya akan turun jawatan sekiranya tidak mendapat sokongan dua per tiga perwakilan dalam UMNO. -Foto Sinar Harian

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.