KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, bukan sahaja bagi penggal ini tetapi juga termasuk penggal-penggal yang lepas.
Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, Fahmi berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul juga turut memberikan jawapan bahawa perkara itu tiada dalam peraturan mesyuarat.
Fahmi berkata untuk memastikan kesahihan dakwaan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim itu, beliau telah meneliti semua upacara majlis angkat sumpah Ahli Parlimen yang berlangsung sebelum ini.
Ia turut membabitkan angkat sumpah oleh Shahidan dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada tahun lepas, Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (2018), Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang (2013) dan terbaharu Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kaiat pada Selasa lepas.
"Jelas tidak ada bacaan ungkapan 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' dalam majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen bukan hanya dalam penggal ini, malah untuk penggal-penggal sebelum ini pun.
"Datuk Seri Shahidan, hentikan cuba membuat provokasi dalam Parlimen dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasaskan kepada fakta apatah lagi bila terbukti Datuk Seri Shahidan sendiri sebagai Ahli Parlimen tidak membaca ungkapan yang Datuk Seri sebutkan itu," katanya.
Semalam, tular sebuah video yang memaparkan Shahidan meminta penjelasan berhubung kalimah "Wallahi, Wabillahi Watallahi" tidak dilafazkan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Fahmi dalam pada itu turut menasihati masyarakat agar melakukan semakan terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.
"Ingat ... semak sebelum sebar, kita sahkan dulu apa yang kita terima dalam media sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Beliau menggesa Shahidan menghentikan cubaan membuat provokasi dalam Parlimen dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasaskan kepada fakta.- Gambar fail/Bernama
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad
Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan
Bahan letupan jenis lama 'Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb' yang dipercayai masih aktif, dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat mulai jam 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari semalam.
Khaled Nordin lawat Kapal Pengangkut Pesawat Tentera Laut Perancis CDG
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Ahad melakukan lawatan ke kapal pengangkut Pesawat Tentera Laut Perancis Charles de Gaulle (CDG) yang sedang melalui perairan negara di Laut China Selatan.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan sempena Aidilfitri dan nyepi
Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Tiada perbincangan dengan Zelenskiy selepas pertemuan - AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengesahkan bahawa beliau belum berbincang dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sejak pertemuan di Pejabat Oval pada Jumaat lalu bersama Presiden Donald Trump.
Rubio turut memaklumkan bahawa beliau belum berhubung dengan Menteri Luar Ukraine, selepas pertemuan di White House yang berlangsung dalam suasana tegang.
Rubio turut memaklumkan bahawa beliau belum berhubung dengan Menteri Luar Ukraine, selepas pertemuan di White House yang berlangsung dalam suasana tegang.
UK, Perancis bekerjasama dengan Kyiv rangka pelan damai Ukraine - Starmer
Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengumumkan bahawa United Kingdom (UK) dan Perancis akan bekerjasama dengan Ukraine untuk merangka pelan damai yang akan dikemukakan kepada Amerika Syarikat (AS).

UK benarkan Ukraine guna 1.6 bilion pound untuk beli peluru berpandu baharu
Kerajaan UK benarkan Ukraine guna 1.6 bilion pound dana kewangan eksport untuk beli lebih 5,000 peluru berpandu pertahanan udara.
Mesir bentang rancangan bina semula Gaza di sidang Arab
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, mengesahkan bahawa rancangan pembinaan semula Gaza telah siap dan akan dibentangkan pada sidang kemuncak tergempar Liga Arab di Kaherah pada Selasa.
Rancangan ini bertujuan memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka.
Rancangan ini bertujuan memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka.
Israel halang bantuan ke Gaza, rundingan gencatan buntu
Israel menghalang kemasukan trak bantuan ke Gaza pada Ahad ketika kebuntuan mengenai gencatan senjata semakin meruncing.
Kumpulan pejuang Hamas menggesa perantara dari Mesir dan Qatar untuk campur tangan bagi memastikan perjanjian dipatuhi.
Kumpulan pejuang Hamas menggesa perantara dari Mesir dan Qatar untuk campur tangan bagi memastikan perjanjian dipatuhi.

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi tidak pernah diguna dalam Perlembagaan Persekutuan
Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen.

Tiada lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" ketika angkat sumpah Ahli Parlimen - Fahmi
Kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.