REMBAU: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan Pas ketika ini seperti didakwa Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
"Tidak tahulah beliau berunding dengan siapa tetapi dengan saya memang tiadalah. Janganlah kita mahu mengadu domba parti orang lain, jaga parti sendiri. Saya jaga parti saya, beliau jaga parti beliau.
"Apa sahaja perundingan, mesti telus, jangan berunding dalam gelap, tidak boleh begitu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Semarak Merdeka di Kuala Sawah, Rantau di sini.
Media hari ini melaporkan Abdul Hadi berkata pintu rundingan antara Pas dan UMNO menerusi Muafakat Nasional sentiasa terbuka dan masih berjalan ketika ini melibatkan pimpinan serta ahli akar umbi kedua-dua parti.
BACA: PRU15: Pintu rundingan Pas-UMNO tidak pernah tertutup - Abdul Hadi
Mohamad berkata beliau juga tidak mengetahui sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi mengutuskan mana-mana pemimpin parti itu untuk berunding dengan Pas.
"Jadi tiada pula dengar parti ataupun Presiden pernah bercakap mengutuskan (mana-mana pemimpin parti) mewakili UMNO berunding dengan Pas.
"Setakat hari ini saya tidak tahu, boleh jadi ada tetapi saya tidak tahu. Setakat ini yang saya tahu sebagai Timbalan Presiden, saya tidak pernah dengar Presiden berbuat demikian... mengutus wakil khas untuk berunding," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan Pas ketika ini seperti didakwa Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail/BERNAMA
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Buat wanita gemar 'membawang,' Nora Danish pesan amalkan sedekah, sentiasa bertaubat
Amalan bersedekah dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.
Pasukan rundingan baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di Selatan Thailand.
Kerajaan Britain sokong pelan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow
Menteri Kewangan Britain Rachel Reeves pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan akan menyokong rancangan pembinaan landasan ketiga di Lapangan Terbang Heathrow, satu keputusan yang mendapat kritikan berikutan kebimbangan kesannya terhadap alam sekitar.
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Washington
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Rabu mengesahkan sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan Washington.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.