KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Menurutnya mereka mengambil keputusan itu setelah menyedari tidak ada apa-apa perkara yang boleh memanfaatkan rakyat di kawasan masing-masing setelah setahun mereka menjadi pembangkang.
Beliau berkata adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk melemparkan tuduhan kononnya mereka disogok untuk memberikan sokongan kepada Anwar terutamanya pada sesi Dewan Rakyat.
"Janganlah cuba mewujudkan suasana tidak stabil, sama ada dari segi politik, tuduhan dan sebagainya. Jangan guna Parlimen sebagai tempat untuk melangsungkan politik tanpa asas. Parlimen adalah tempat kita berbincang untuk membantu membangunkan negara dalam ketidaktentuan global ketika ini.
"Kita hormati kenyataan sesiapa sahaja, cuma tuduhan dilemparkan di Parlimen adalah tidak benar, fitnah semata-mata, kerana sokongan kepada Anwar adalah ikhlas. Isu semalam yang dibawa tidak betul," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam yang mendakwa ada pihak tertentu menjanjikan habuan kepada sesiapa yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.
Syed Abu Hussin berkata ahli-ahli Parlimen Bersatu yang terlibat bersedia berhadapan sebarang tindakan termasuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan Perlembagaan parti itu yang dijangka dilakukan dalam masa terdekat, melarang mereka memberi sokongan kepada Anwar.
"Parti membuat keputusan meminda perlembagaan untuk mengelak dan melarang Ahli Parlimen Bersatu menyokong pihak berbeza selain ditetapkan parti, menyebabkan kelayakan mereka gugur secara automatik.
"... bagi kami yang sudah beri sokongan, kami akan tengok dahulu pindaan berkenaan dan kalau dibawa ke mahkamah kami cabar," katanya.
Selain Syed Abu Hussin, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu turut menyatakan sokongan kepada Anwar sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). -- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Syed Abu Husin berkata, mereka mengambil keputusan itu setelah menyedari tidak ada apa-apa perkara yang boleh memanfaatkan rakyat di kawasan masing-masing setelah setahun mereka menjadi pembangkang. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin yakin bahawa beliau masih Ahli Parlimen Bukit Gantang kerana beliau bukan berhenti, sebaliknya dipecat oleh Bersatu.

Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

Kartel padi beras: Kerajaan perlu serius ambil tindakan
Tindakan kartel yang cuba mengaut keuntungan menyebabkan ketidakstabilan ekosistem harga padi dan beras serta barangan keperluan lain ketika ini.

Tiada unsur pujukan, habuan untuk sokong Anwar - Syed Abu Hussin
Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan.

PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.

Syed Abu Hussin tangguh sidang media Beras Madani
Syed Abu Hussin memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.

Syed Abu Hussin ketuai Jawatankuasa Tangani Harga Makanan di bawah NACCOL - PM
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilantik mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup.

7-8 lagi Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong Kerajaan MADANI - Syed Abu Hussin
Katanya, kesemua Ahli Parlimen PN itu daripada beberapa negeri yang sememangnya dari kawasan majoriti Melayu.