KUALA LUMPUR:Tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa negara akan jatuh dalam sistem pemerintahan diktator jika darurat diisytiharkan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang memilih untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap keupayaan kerajaan yang bersungguh-sungguh menjaga keselamatan serta kesihatan awam.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), berkata semua pihak sepatutnya bersatu dalam usaha meratakan lekuk pandemik COVID-19 sambil memastikan gangguan terhadap ekonomi berkurangan.
"Kita kena jelas, musuh utama adalah COVID-19 dan kita mesti menghargai pengorbanan dan usaha tanpa henti barisan hadapan yang bekerja siang malam serta berterusan untuk melawan virus ini.
"Pandemik ini telah berubah menjadi semakin buruk dengan kes melonjak ke tahap tertinggi di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan kerajaan telah berusaha untuk menangani cabaran baharu ini," katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama Mohamed Azmin berkata, sejak lonjakan kes COVID-19 meningkat pada gelombang ketiga, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermesyuarat setiap hari selama 24 hari berturut-turut.
"Bersama dengan pakar kesihatan, pasukan pertahanan dan keselamatan dalam negeri serta penasihat-penasihat ekonomi, Perdana Menteri telah memimpin pasukan negara dalam mempertimbangkan langkah-langkah jangka pendek, pertengahan dan panjang dalam menangani krisis," katanya.
BACA: COVID-19 alasan kerajaan untuk salah guna kuasa, dakwa Anwar Ibrahim
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Muhyiddin akan membawa Malaysia menjadi negara diktator susulan laporan kerajaan PN berusaha untuk melaksanakan darurat.
Farhana Joni
Sat Oct 24 2020

Mohamed Azmin kesal tindakan pembangkang memilih untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan masyarakat. - Gambar Astro AWANI / Farez Azman
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Seorang pejuang yang tabah' - Azmin Ali seru doakan kesihatan Abdul Hadi
Beliau bersyukur mendapat perkhabaran Ahli Parlimen Marang itu kini berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik.

Tidak bertanggungjawab tuduh kerajaan PN diktator - Mohamed Azmin
Tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa negara akan jatuh dalam sistem pemerintahan diktator jika darurat diisytiharkan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Malaysia teliti jemputan Trump
Paling penting, kata Azmin, adalah menilai peranan yang boleh dimainkan Malaysia dalam sidang kemuncak itu nanti

Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.