KUALA LUMPUR: UMNO tidak semestinya terikat dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Sepang Noorazli Said mendakwa, paling penting adalah usaha membentuk semula negara ini yang sudah hampir rosak.
"Jadi bagi saya tidak salah jika sekiranya sewaktu pilihan raya nanti, UMNO menang sejumlah banyak kerusi dan dia memerlukan rakan-rakan gabungan yang lain mungkin juga dari Pas, mungkin juga Bersatu, PKR atau mungkin DAP
"Asalkan kita dapat membentuk satu kerajaan yang kuat, yang tidak boleh digugat, yang mana Ahli-ahli Parlimennya tidak boleh dibeli begitu sahaja dan kerajaan tidak runtuh dalam masa dua tahun.
"Jadi kita sebagai rakyat juga sudah jemu dan bosan apabila setiap dua tahun nanti akan ada perubahan dalam kerajaan seperti yang berlaku di Langkah Sheraton.
"Kalau kita tengok dalam penggal ini sahaja, kita sudah ada dua kerajaan, jadi saya kira ini tidak baik bagi sesebuah negara dalam mengekalkan momentum ekonomi dan juga kestabilan dan keharmonian," katanya semasa dihubungi pada Sabtu.
BACA: PKR, UMNO bincang rampas kerusi Bersatu - Laporan
BACA: Bersatu hormati keputusan UMNO, elak pertelagahan - Wan Saiful
Pada Jumaat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak mencampuri urusan UMNO sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR.
Beliau berkata, dalam negara demokrasi, kerjasama itu sentiasa terbuka, namun Pas tetap berpendirian tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PKR.
Dalam pada itu kata Noorazli, UMNO juga tidak perlu terlalu tegar dalam menentukan hubungan dan kerjasamanya.
"Apa yang penting kita hendak menyelamatkan negara, kita bukan hendak menyelamatkan individu mahupun sekumpulan kelompok orang ataupun parti itu sendiri.
"Jadi bagi saya lebih baik kita tumpukan kepada usaha membina semula negara ini dan kita bentuk satu gabungan yang lebih kuat.
"Kalau boleh dua pertiga majoriti agar banyak undang-undang atau akta-akta baru dapat kita luluskan bagi mengelakkan kecelaruan politik ini berlaku seperti yang ada pada hari ini," ujarnya.
Astro Awani
Sat Mar 20 2021

Kata Noorazli, UMNO juga tidak perlu terlalu tegar dalam menentukan hubungan dan kerjasamanya. - Facebook/PDM Taman Putra Perdana
Pengangkutan awam: Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini.
Sidang Parlimen: Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

AS, Ukraine sedia tanda tangan perjanjian mineral hari ini - Laporan
Presiden Trump mahu mengumumkan perjanjian tersebut dalam ucapannya kepada Kongres pada malam Selasa (Rabu, waktu Malaysia).

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.