Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi memperoleh undi terbanyak, iaitu 770 undi dalam perebutan empat jawatan naib Yang Dipertua untuk sayap Bumiputera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
Tiga calon lain yang turut menang jawatan tersebut pada pemilihan hari ini bagi penggal 2018-2020 ialah Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan Dr Annuar Rapae yang mendapat 764 undi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi (719 undi) dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (698 undi).
Julaihi adalah penyandang jawatan berkenaan manakala tiga yang lain merupakan muka baharu.
Tiga lagi calon yang kalah dalam pemilihan itu ialah Menteri Muda Pertanian Abdul Rahman Ismail (585 undi), Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh (481 undi) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen Datuk Talip Zulpilip (320 undi).
Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohgamad Asfia Awang Nasar mengumuman keputusan pemilihan tersebut pada Sabtu.
Bagi sayap Pesaka, tiga yang dipilih tanpa bertanding jawatan Naib Yang Dipertua ialah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Datuk Gerawat Gala.
Hanya jawatan Naib Yang Dipertua sayap Bumiputera sahaja dipertandingkan pada pemilihan kali ini sempena perhimpunan agung ke-14 parti itu yang berlangsung dari 9 hingga esok (11 Feb).
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sebelum ini merupakan Timbalan Yang Dipertua parti dipilih tanpa bertanding dan disahkan hari ini sebagai Yang Dipertua parti.
Sementara itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pula dipilih tanpa bertanding dan disahkan sebagai Yang Dipertua sayap Pesaka manakala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai Yang Dipertua sayap Bumiputera. Kedua-duanya adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Turut dipilih tanpa bertanding untuk jawatan Naib Yang Dipertua Kanan ialah Menteri Kerja Raya Persekutuan Datuk Seri Fadillah Yusof untuk sayap Bumiputera dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong untuk sayap Pesaka.
Pelantikan untuk jawatan setiausaha agung, bendahari dan ketua penerangan dijangka akan dibuat semasa mesyuarat exco pertama kelak.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah ialah Ketua Wanita mengambil alih daripada Tan Sri Empiang Jabu, manakala Gerald Rentap Jabu dipilih tanpa bertading sebagai Ketua Pemuda mengambil alih daripada Datuk Seri Fadillah Yusof.
Perhimpunan bersambung esok dengan pembentangan tiga resolusi, iaitu isu pendidikan, Perjanjian Malaysia 1963 dan ekonomi digital.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan tiga hari itu hari ini, manakala majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Abang Johari hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2018

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Sabtu. -fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.