KETEREH: Tiga perkara utama perlu diberi tumpuan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh segera.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, kerajaan perlu membawa negara keluar dari kesan wabak COVID-19, membantu memulihkan ekonomi dan memastikan kestabilan politik.
"Pertama, masalah pandemik. Kita selesaikan dulu. Kita hendak keluar dari (kesan) wabak ini. Kedua, masalah ekonomi. Ramai orang hilang pekerjaan ketika ini.
"Ketiga, berkaitan Bajet 2022, suhu politik kena diturunkan supaya semua orang boleh bekerja dan pelabur asing datang. Kita kena tunjuk kestabilan kita," katanya di sini, semalam.
Md Alwi menjelaskan, rakyat mengharapkan pentadbiran kerajaan mampu mengatasi tiga perkara tersebut.
Katanya, program imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan disambut baik rakyat walaupun menyedari fasa endemik memerlukan semua rakyat kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Paling penting, katanya, kerajaan perlu segera memulihkan ekonomi supaya mereka yang hilang pendapatan dapat kembali mencari pekerjaan dan kadar pengangguran dikurangkan.
Muhafandi Muhamad
Mon Sep 13 2021
Md Alwi berkata, kerajaan perlu segera memulihkan ekonomi supaya mereka yang hilang pendapatan dapat kembali mencari pekerjaan. - Gambar fail
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
PRN: BN Kelantan optimis mampu menang 16 kerusi
Barisan Nasional (BN) Kelantan optimis mampu memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.
Terima kembali mereka yang tinggalkan UMNO - Md Alwi
Md Alwi menganggap mereka yang meninggalkan UMNO suatu ketika dahulu mempunyai alasan dan sebab tersendiri.
Tiga perkara perlu jadi tumpuan utama kerajaan Ismail Sabri - MT UMNO
Kerajaan perlu membawa negara keluar dari kesan wabak COVID-19, membantu memulihkan ekonomi dan memastikan kestabilan politik.
MARA Kelantan salur peruntukan RM11.8 juta menerusi PEMULIH
MARA Kelantan turut membantu usahawan dengan mengecualikan bayaran sewa premis selama tiga bulan bermula Julai lepas.
Md Alwi letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Kelantan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuatkuasa hari ini.
Kelantan perlu runding semula RUU355 dengan Kerajaan Persekutuan
Kelantan perlu mengadakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen
Siri mimpi dalam ceramah PH, Pas dan BN Kelantan
Dalam beberapa hari siri kempen Pas dan PH, mereka bercerita di atas pentas ceramah mengenai mimpi bertemu bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kunjungan PM Najib, TPM Zahid ke Pulau Pinang sikap pemimpin prihatin
Md Alwi berkata dalam politik tidak boleh 'bergaduh' habis-habisan kerana ada masanya mereka yang berlainan fahaman politik ini akan memerlukan pertolongan.
Rakyat tolak parti politik berpecah dan menabur fitnah - Ketua Penerangan BN Kelantan
Kemenangan berkenaan memberi isyarat bahawa rakyat tidak menyukai pemimpin politik yang banyak menabur fitnah dan berpecah sesama sendiri.